Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Dikemas Kini: 23 Februari 2021
Surga Route

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya.

kerajaan cadang pasport vaksin
Dr Adham Baba. Kredit : Bernama

Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di sini hari ini, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi cadangan tersebut.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.

“Skim ini akan memberi pampasan ex-gratia kepada mana-mana penerima suntikan vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu,” katanya, sambil menambah perkara itu diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lepas.

-BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram