Seperti yang diketahui, wilayah Sabah & Sarawak mempunyai kuasa autonomi dalam beberapa hal & perkara selari dengan apa yang termaktub ketika perjanjian sewaktu pembentukan negara Malaysia.

Terkini, kerajaan Sabah menggunakan kelebihan kuasa autonomi tersebut dalam meringankan beban rakyat ketika fasa 1 pelan pemulihan negara dengan membenarkan aktiviti makan atau dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai esok (29 Jun 2021).

Kerajaan Sabah benarkan makan dalam restoran ketika fasa 1 pelan pemulihan negara
Gambar Hiasan : Kosmo

Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

"Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan."

Usaha kreatif restoran bufet tarik semula pelanggan, Berita Setempat -  BeritaHarian.sg
Gambar Hiasan : Berita Harian. Sg

Selain itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot," katanya.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, SOP Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan sebahagian besar SOP PKP 3.0 yang digunapakai di seluruh negara akan dikekalkan.

BACA : FASA 1 PELAN PEMULIHAN NEGARA AKAN DITERUSKAN SEHINGGA KES HARIAN DI BAWAH 4,000

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram