Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021 mengenai Pelan Pemulihan Negara bagi membawa Malaysia keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, 4 fasa pemulihan telah dirangka melihatkan sektor pelancongan akan dibenarkan dibuka pada fasa ke-4.

Justeru, pemain industri pelancongan perlu bersiap sedia mulai sekarang serta mula merangka strategi perniagaan sebelum sektor itu dibenarkan beropasi pada fasa ke-4 pelan pemulihan negara yang dijangka akan berlaku pada akhir tahun 2021 ini.

Menurut presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis, paling penting adalah tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif walau berdepan saat mencabar ketika ini.

Pelan Pemulihan Negara : Sektor Pelancongan Perlu Persiap Strategi Sekarang
Uzaidi Udanis. Sumber Gambar : Sepatahdua.my

Beliau turut menggariskan 5 strategi untuk setiap penggiat industri lakukan untuk kekal berada dalam ekosistem yang mampan dan menjana semula pendapatan kelak.

Strategi yang dicadangkan adalah :

  • Penciptaan Semula Produk
  • Kajian Pasaran Sasaran
  • Pemasaran & Promosi Jarak Jauh
  • Penggunaan Teknologi yang Tepat
  • Memulihkan Industri Pelancongan melalui Undang-Undang
No ships at drawbridge yet | The Star
Jambatan Angkat yang menjadi ikon Negeri Terengganu. Sumber : The Star

Dengan persediaan rapi bermula dari sekarang, ia akan memudahkan gerak kerja seterusnya untuk menerima pelancong kelak sekaligus menghidupkan semula industri pelancongan.

Sumber : Astro Awani

0 0 votes
Article Rating
Categories: , ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
8 September 2021
Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu […]

Selanjutnya
1 September 2021
'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin. Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti. Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' […]

Selanjutnya
11 August 2021
Malaysia Airlines tawar tambang istimewa buat penerima lengkap dos vaksin COVID-19

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, […]

Selanjutnya
11 August 2021
MATA minta pengunjung dan pekerja patuhi SOP bendung penularan COVID-19

Berikutan kebenaran merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk individu lengkap dua dos vaksin Covid-19 , Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berharap agar semua ahlinya memastikan setiap pengunjung dan pekerja mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata, bagi ahli MATA terutama hotel dan inap desa, ia sudah tentu […]

Selanjutnya
7 August 2021
Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021). Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram