Pelawat dari 26 Negara Ini Dilarang Menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi

Tag:
Dikemas Kini: 3 Disember 2021
Surga Route
Pelawat dari 26 negara ini dilarang menyertai gelombang pelancongan langkawi

Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan kepada pelawat dari 26 negara yang dikenal pasti telah melaporkan penularan varian Omicron, daripada menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara tersebut adalah :

  • United Kingdom
  • Portugal
  • Belanda
  • Australia
  • Kanada
  • Korea Selatan
  • Hong Kong (SAR China)
  • Israel
  • Itali
  • Jerman
  • Denmark
  • Sweden
  • Nigeria
  • Belgium
  • Jepun,
  • Brazil,
  • Norway
  • Republik Czech
  • Perancis/Reunion Island
  • Austria
  • Arab Saudi
  • Sepanyol
  • Ghana
  • Republik Ireland
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Amerika Syarikat (California).

Pelawat dari negara-negara yang berada dalam senarai di atas atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi.

Govt bars 24 countries from Langkawi travel bubble following Omicron  emergence

Sementara itu, bagi penduduk Langkawi (warganegara dan pemegang pas lawatan panjang) dari negara-negara yang disenaraikan atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja.

Selain itu, mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi. Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan.

Pelawat dari 26 Negara Ini Dilarang Menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi
Dr Noor Hisham - Arkib

Dr Noor Hisham berkata pelawat dari negara-negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes varian membimbangkan (VOC) Omicron atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenarkan menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi.

Senarai negara tersebut ialah Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, Macedonia Utara, Guernsey dan Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya dan Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh) dan Afrika (Angola, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Zambia dan Zimbabwe).

Sumber : Astro Awani

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram