Walaupun Masjid Razaleigh di Bandar Lama Gua Musang, Kelantan yang reka bentuknya menyerupai Masjidilharam di Makkah telah siap dan dirancang untuk dibuka , namun ia hanya akan dibuka apabila pandemik COVID-19 beransur reda bagi mengelakkan penularan penyakit itu yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai khususnya ahli jemaah.
Mengikut perancangan awal, masjid berharga RM32 juta itu sepatutnya dibuka pada 29 April 2021 sempena Nuzul Quran.
Bagaimanapun, perbincangan diadakan bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memutuskan pembukaan masjid itu terpaksa ditangguhkan.
Tetapi, pelancong yang singgah di situ untuk merakamkan foto kenangan tidak akan dihalang daripada berbuat demikian.