Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Dikemas Kini: 4 Disember 2021
Surga Route

Jika anda mencari lokasi penginapan yang romantis, mewah dan menjamin privasi ketika bercuti di Pulau Pinang, hotel The Edison Georgetown adalah sebuah hotel yang sangat sesuai untuk anda.

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Terletak di Bandaraya Georgetown yang kaya dengan sejarah, The Edison Georgetown adalah simbol kemegahan senibina asli disini.

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Bangunan ini dibina pada tahun 1906 sebagai sebuah rumah agam untuk seorang hartawan berbangsa Cina. Kemudian, bangunan kediaman ini banyak melalui proses transformasi dan akhirnya pada tahun 2014 proses pemulihan bangunan dijalankan dan dijenamakan sebagai The Edison Hotel yang dibuka pada 2016 dan merupakan salah satu ahli Small Luxury Hotel Of The World (https://slh.com).

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Jikalau hotel ini merupakan sebuah ahli SLH, bermakna perkhidmatan dan layanan yang anda akan terima sepanjang berada disini pasti berkelas dunia kerana kayu ukur hotel ini adalah resort & hotel mewah di serata dunia.

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Dari segi seni bina, Ciri-ciri warisan bangunan ini dipadankan dengan perabot mewah zaman dahulu membawa anda bagai berada di zaman kolonial di Pulau Pinang.

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown

Hotel ini mempunyai 35 bilik elegan (terdiri daripada 3 Kategori) yang mendapat sentuhan klasik dan moden. Bilik terletak di tingkat bawah dan juga atas. Oleh kerana kapasiti kecil hotel ini, privasi anda amat terjaga.

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown
Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown
Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown


Terletak dalam kawasan UNESCO di tengah bandaraya Georgetown. Hotel ini terletak hanya 5-10 minit kawasan utama tarikan pelancong dengan berjalan kaki. Memang senang untuk keluar bandar, mencari makan dan sebagainya. Tip top !

Alamat

?The Edison George Town, Penang , 15, Lebuh Leith, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Penginapan Berkonsep Kolonial di The Edison Georgetown
1 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram