Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membenarkan aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh Perlis bermula esok (1 Julai 2021) namun dengan kapasiti maksimum mengikut saiz sesuatu masjid sahaja.

Perlis benarkan solat jemaah di masjid - Utusan Digital
TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL. SUMBER : UTUSAN

Limpah Perkenan tersebut adalah berdasarkan situasi semasa penularan COVID-19 di Perlis yang dilihat semakin terkawal serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh masyarakat Perlis.

"Oleh hal demikian, kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid bermula solat Subuh pada hari esok sehingga tempoh baharu arahan terkini yang mungkin dikeluarkan.

"Namun begitu, kebenaran ini hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis sahaja manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan.


"Sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengelakkan penularan wabak, pematuhan kepada semua SOP tetap diperketatkan dan semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhinya antaranya, memakai pelitup separuh muka dengan digalakkan memakai dua pelitup muka (double face masks) serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka (face shield)," katanya dalam titahnya, hari ini.

Titahnya lagi, jemaah digalakkan untuk membawa uncang pembungkus kasut ke masjid bagi mengelakkan kesesakan ketika keluar masuk ke dalam masjid.

Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok
Gambar Hiasan. Sumber : Harian Metro

Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jemaah juga hendaklah terdiri dalam kalangan anak kariah sahaja yang berusia antara 12 hingga 59 tahun.

"Bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas, dibenarkan dengan syarat lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.

"Sebagai langkah kawalan, mereka yang terbabit dengan aktiviti rentas sempadan dan negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang-alik bekerja pada setiap hari adalah tidak dibenarkan hadir.

"Demikian juga ahli keluarga mereka yang tinggal bersama tidak dibenarkan hadir melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin," titahnya.

Baginda turut menyatakan, bahawa tempoh masa pelaksanaan solat fardu adalah selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan khutbah dan solat Jumaat adalah selama 15 minit sahaja.

"Laungan azan akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa," titah baginda.

Titahnya, Jawatankuasa Kariah Masjid diberikan tanggungjawab untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan, sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Selain itu, aktiviti berkumpulan sama ada kuliah, kelas, pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini masih tidak dapat dibenarkan," titahnya.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
8 September 2021
Mulai 16 September, Malindo Air terbang 6 kali sehari ke Langkawi

Syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung perjalanan ke pulau itu, bermula 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, berkata lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Subang Skypark dan satu […]

Selanjutnya
1 September 2021
'Malaysia Street' di Gaza, hadiah ulangtahun kemerdekaan ke-64

Sumbangan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin akhirnya diabadikan dan dijadikan 'sebahagian' daripada negara Palestin. Malaysia berdiri tegus bersama perjuangan rakyat Palestin mengakhiri pendudukan haram Israel dan mencapai kemerdekaan bermula daripada usaha perdamaian, desakan di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dan solidariti. Terbaru, Palestin menzahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan dan sokongan dari Malaysia dengan mengabadikan nama 'Malaysia' […]

Selanjutnya
11 August 2021
Malaysia Airlines tawar tambang istimewa buat penerima lengkap dos vaksin COVID-19

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang istimewa serendah RM89 dalam kategori 'Economy Lite' bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk bertemu orang tersayang. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, promosi istimewa itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September, […]

Selanjutnya
11 August 2021
MATA minta pengunjung dan pekerja patuhi SOP bendung penularan COVID-19

Berikutan kebenaran merentas negeri bagi tujuan pelancongan domestik untuk individu lengkap dua dos vaksin Covid-19 , Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) berharap agar semua ahlinya memastikan setiap pengunjung dan pekerja mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata, bagi ahli MATA terutama hotel dan inap desa, ia sudah tentu […]

Selanjutnya
7 August 2021
Kebenaran tunai umrah dijangka diberi tahun 2021 ini

Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini (2021). Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram