Phuket secara rasmi terima pelancong bermula hari ini, 1 Julai 2021

Dikemas Kini: 1 Julai 2021
Surga Route

Akhirnya, tarikh yang dinanti-nantikan terutamanya buat penggiat industri pelancongan di Thailand telah pun tiba.

Hari ini, 1 Julai 2021 merupakan secara rasminya hari pertama pembukaan wilayah pelancongan Phuket buat pelancong yang sudah menerima vaksin dari 63 negara risiko rendah & sederhana COVID-19 di bawah inisiatif 'Phuket Sandbox' yang bermatlamat untuk meningkatkan semua industri pelancongan Thailand selepas krisis pandemik COVID-19.

BACA : PHUKET AKAN MULA DIBUKA PADA AWAL JULAI 2021, LEBIH AWAL DARI WILAYAH LAIN DI THAILAND

Pelan “Phuket sandbox” ini perlu dipatuhi pelancong tempatan atau luar negara iaitu mereka perlu lengkap dua dos vaksin dan tidak perlu kuarantin.

Selepas 14 hari, mereka perlu melakukan ujian calitan (swab test) sebanyak tiga kali dengan keputusan negatif sebelum dibenarkan ke daerah di seluruh Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sudah berada di Phuket untuk meninjau situasi semasa di Phuket dan lebih 249 pelancong dari Israel, Abu Dhabi dan Qatar sudah berada di wilayah peranginan itu.

Penerbangan pertama yang membawa pelancong pada 1 Julai 2021 adalah penerbangan Etihad Airways dengan kod penerbangan EY430 dari Abu Dhabi, UAE.

pesawat yang membawa kumpulan pertama pelancong ke Phuket pada 1 Julai
Pesawat yang membawa kumpulan pelancong pertama ke Phuket. Kredit : TAT Phuket

Di bawah ini, adalah sedikit gambar-gambar ketibaan penerbangan pertama ke Phuket pada hari ini (1 julai 2021), disambut bagai artis ya.

May be an image of one or more people, people standing, flower and outdoors

Dalam pada itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meluahkan rasa malu apabila Thailand melarang  pelawat Malaysia  memasuki pulau peranginan tersohor negara itu, Phuket.

Kekesalan itu dicoretkan beliau menerusi hantaran di  Facebooknya hari ini  berhubung kebenaran pelancong asing memasuki pulau peranginan itu.

“Tak kisah pun tak dapat pergi Phuket, tapi agak terhina apabila mereka umum hanya rakyat 63 negara boleh masuk tanpa kuarantin dengan syarat vaksin Covid-19 sudah lengkap.

 “Apabila teliti, Malaysia tidak termasuk senarai. Singapura ada, Brunei ada, Myanmar pun ada. Malaysia tiada. Mereka kata (konon) orang Malaysia tidak selamat,” luah bekas menteri itu.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram