Teka-teki yang bermain di minda rakyat Malaysia mengenai keputusan lanjutan PKP 3.0 akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri memaklumkan bahawa PKP 3.0 tidak akan berakhir lagi.

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin pada hari ini (27 Jun) memaklumkan pelaksanaan PKP tidak akan berakhir esok, susulan nilai angka kes harian COVID-19 masih di paras melebihi 5,800 kes positif.
Beliau berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari.
Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan turut memaklumkan dana tambahan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Antara dana tambahan yang digemburkan adalah meliputi penawaran moratorium dan beberapa aspek lain.