PM Rasmi VTL Darat Malaysia-Singapura 29 November Ini

Tag:
Dikemas Kini: 29 November 2021
Surga Route

Siapa boleh nafikan bahawa ketika pandemik COVID-19 melanda, bandar raya Johor Bahru senyap sunyi, tiada sebarang aktiviti yang suatu ketika dulu kita tahu begitu sibuk dan pesat pembangunannya. Disebabkan pandemik COVID-19, sempadan tutup dan aktiviti perniagaan juga terjejas.

Pasca pandemik Covid-19, ruang bagi perjalanan antarabangsa semakin dibuka luas termasuklah pembukaan sempadan Malaysia-Singapura melalui Vaccinated Travel Lane atau Laluan Perjalanan Lengkap (VTL) melalui jalan udara dan darat.

Tambak Johor VTL Darat

Keputusan itu dibuat selepas kata sepakat dapat dicapai oleh Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan Malaysia dan juga Kerajaan Negara Singapura dalam usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara.

Pembukaan laluan membabitkan Malaysia dan Singapura bermula jam 10.45 pagi pada 29 November itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan hanya akan membabitkan 1,440 orang pada peringkat awal.

Ismail Sabri rasmi VTL Darat
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Program yang dilaksanakan itu juga akan menjadi pemangkin kepada sektor hartanah untuk kembali rancak semula, termasuk sektor berkaitan antaranya pembinaan, bekalan dan perkhidmatan.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram