sebuah premium outlet akan dibuka di langkawi tak lama lagi ! langkawi premium outlet g'nest

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Dikemas Kini: 21 Julai 2023
Surga Route

Langkawi, salah satu tarikan pelancongan di Kedah bakal mempunyai satu lagi tarikan apabila satu projek pembangunan bersepadu akan dibina di pulau lagenda tersebut.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 40.975 ekar di Padang Matsirat yang bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di mana ia meliputi ‘Outlet Premium, outlet perniagaan, outlet makanan dan minuman (F&B) serta kemudahan rekreasi kepada para pelancong dan juga masyarakat setempat.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Keseluruhan pembangunan memfokuskan kepada konsep membeli- belah yang dihiasi dengan kawasan hijau serta struktur bangunan yang melambangkan kebudayaan ikonik Melayu.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Projek berkenaan dibahagikan kepada beberapa fasa dan pihak pemaju akan memfokuskan kepada pembangunan fasa satu dan dua terlebih dahulu yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM817 juta.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Pembangunan fasa satu bakal dikenali sebagai Malaysia Designer Outlet yang me­nempatkan lot fesyen tempatan, pelbagai restoran masakan fusion berkonsepkan eksklusif .

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Sehingga kini, hampir 90 peratus usahawan di sekitar Langkawi serta Semenanjung Malaysia telah mengesahkan penglibatan mereka dalam perniagaan di fasa satu.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Fasa dua yang juga merupakan jantung projek tersebut akan menyaksikan pembangunan Premium Outlet di atas kawasan seluas 11.6 hektar yang akan bermula pada Januari 2022 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2024.

Sebuah Premium Outlet Akan Dibuka di Langkawi Tak Lama Lagi !

Projek fasa dua bakal menawarkan hampir 1,400 peluang pekerjaan dan akan menarik minat lebih ramai pelancong untuk datang ke Pulau Langkawi

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram