Sektor pelancongan perlukan SOP ketat bagi persediaan pembukaan sempadan pasca COVID-19

Dikemas Kini: 20 Jun 2021
Surga Route

Pembukaan sempadan negara buat pelancong luar perlu dibuat memandangkan Malaysia memerlukan pasaran antarabangsa dalam usaha memulihkan industri pelancongan negara.

Justeru, presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dirangka dan diwujudkan sebelum pembukaan sempadan negara dapat direalisasikan selepas krisis pandemik COVID-19 reda.

uzaidi udanis berkata Malaysia perlukan SOP ketat buat sektor pelancongan
Uzaidi Udanis. Sumber : Sepatahdua

SOP gelembung pelancongan juga perlu diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri pelancongan bagi memastikan mereka lebih bersedia apabila sektor pelancongan antarabangsa mula dibenarkan.

Beliau berkata, Malaysia perlu melihat kepada contoh di luar negara yang bersedia membuka sektor pelancongan antarabangsa. Antaranya adalah Dubai yang meneruskan program World Expo dan Jepun yang berhasrat besar untuk terus mengadakan acara sukan olimpik Tokyo 2020.

Uzaidi berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri libat urus dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan hala tuju tersebut memandangkan kepelbagai produk pelancongan di Malaysia sememangnya mampu menarik minat antarabangsa.

Beliau menambah, penggiat industri pelancongan boleh memainkan peranan untuk memasarkan sektor hartanah Malaysia ke luar negara bagi menambah pelaburan.

Sumber : Astro Awani

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram