Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Dikemas Kini: 6 Mac 2022
Surga Route
Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Bandar Sunway Petaling Jaya, Selangor mengumumkan bahawa mereka adalah perintis tandas pintar di Malaysia.

Mereka telah memperkenalkan sistem internet tandas berpusat pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan RIGEL IoT.

Keistimewaan Tandas Pintar Ini

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Pelbagai sensor ada di dalam tandas ini. Antaranya ialah ia dapat mengesan kuantiti sabun, tisu tandas, kain lap tangan, injap tandas dan sebagainya.

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Seterusnya, notifikasi akan segera dihantar kepada pekerja pembersihan yang bertugas sekaligus mempercepatkan proses penggantian.

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia
Kredit : The Sun Daily

Sekiranya ada kerosakan di tandas juga, amaran akan dikeluarkan dan kerosakan dapat dibaiki dengan segera sebelum masalah atau kerosakan tersebut mendatangkan ketidakselesaan kepada pelanggan.

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia
Kredit : The Sun Daily

Selain itu, terdapat juga sensor amonia yang dipasang bagi mengesan bau hancing. Bagus juga kan !

Sunway Pyramid Perkenal Tandas Pintar Pertama di Malaysia

Bagi kami, Sunway Pyramid betul-betul perintis teknologi dalam pengurusan kompleks membeli-belah di Malaysia.

Sebelum ini pun, Sunway Pyramid adalah kompleks membeli-belah pertama memperkenalkan sistem letak kereta pintar tanpa tiket sebelum diikuti oleh kompleks membeli-belah lain.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram