Surat MITI tidak diterima untuk rentas negeri bagi tempoh 18-21 Julai 2021

Tag:
Dikemas Kini: 18 Julai 2021
Surga Route

Dokumen kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak akan diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri berkenaan berkuat kuasa bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri bagi mengelakkan tindakan tidak bertangungjawab sesetengah individu yang menyalahgunakan surat MITI berkenaan sebagai kelulusan merentas negeri sempena sambutan Aidiladha.

 Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat MITI tidak diterima bagi tempoh 18-21 Julai
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Bagaimanapun larangan ini tidak terpakai bagi tujuan kecemasan dengan kebenaran pihak polis, serta urusan vaksinasi.

Jadi, ingat ya . Jangan menyalahguna dokumen sebagai alasan untuk pulang ke kampung !

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram