umrah kanak kanak kids umrah tips

Tak Perlu Tunggu Cukup Umur. Kanak-Kanak 12 Tahun ke Atas Pun Dah Boleh Tunai Umrah !

Dikemas Kini: 9 Mac 2023
Surga Route

Kementerian Haji dan Umrah membenarkan jemaah asing berusia 12 tahun dan ke atas untuk menunaikan umrah, sekali gus membatalkan syarat sebelum ini yang meletakkan had umur pada 18 tahun dan ke atas.

Berdasarkan peraturan baharu itu, semua rakyat Arab Saudi termasuk dari negara-negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan jemaah asing yang berusia 12 tahun ke atas kini dibenarkan untuk menunaikan umrah, solat di Masjidil Haram dan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad.

Permit umrah boleh dimohon menerusi aplikasi Tawakkalna, dengan syarat mempunyai status kesihatan yang baik.

Bagi prosedur mengerjakan umrah pula, warganegara GCC perlu mendaftar bukti  status vaksinasi mereka pada platform Muqeem, manakala jemaah dari negara-negara lain pula perlu mendaftar pada platform Qudoom.

Kesemua jemaah kemudiannya perlu mengemas kini status kesihatan mereka pada aplikasi Tawakkalna dan Eatmana sejurus tiba di Arab Saudi.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram