Tamu Hotel & Suites, Hotel patuh syariah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur

Dikemas Kini: 24 Jun 2021
Surga Route

Hotel patuh syariah Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur terletak megah di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru ! ?Hotel setinggi 42 tingkat yang menelan kos pembinaan 200 Juta itu dilengkapi 276 bilik serta 129 suites.

May be an image of skyscraper and sky

Ia dibangunkan oleh pengasas Zikay Group Berhad & juga Pengerusi Masjid Kampung Baru , Mohd Khay yang merupakan lulusan perakaunan dari UiTM bersama adiknya, Iszhar.

Pemilik Zikay Group dan Tamu Hotel & Suites
Dato' Mohd Khay Ibrahim dan Dato' Iszhar Ibrahim

Syarikat mereka menceburi bidang pembangunan hartanah, infrastruktur, perkilangan, pendidikan dan hospitaliti.

Selain itu, mereka juga terlibat menyediakan platform teknologi berkonsepkan kewangan Islam dan patuh syariah, yang meliputi pembiayaan perusahaan PKS.Mereka melaksanakan amalan membaca Al-Quran dan terjemahan di syarikat pada setiap pagi.

May be an image of indoor and skyscraper

Mohd Khay mempunyai lima orang cahayamata terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Beliau memastikan kesemua anak lelakinya menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama dengan mendalam.

Mengenai hotel TAMU, ia didirikan di atas tanah yang berstatus ‘Penempatan Pertanian Melayu’ setaraf Tanah Rizab Melayu.Ia DIBINA SENDIRI oleh syarikat pembinaan ZIKAY dengan sebahagian bantuan pembiayaan Perbankan Islam, bertaraf Hotel 5 bintang, cuma ia setakat ini hanya mendapat 4 bintang disebabkan ketiadaan beberapa fasiliti yang 'kontroversi' bagi pengkelasan 5 Bintang.

1 Bedroom Suite - Guestroom

Pembinaan hotel itu jelas membuktikan tanah pegangan Melayu boleh dibangunkan menjadi hartanah yang bernilai tinggi.

May be an image of furniture and bedroom

“Pada mulanya, ada yang kata saya tak waras. Siapa nak percaya orang Melayu boleh dirikan bangunan bukan 10 atau 20 tingkat tetapi 42 tingkat. Ada juga yang tak percaya projek saya ini boleh siap,” katanya yang berpengalaman 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah.

Beliau berkata apabila Hotel Tamu & Suites siap dibina, nilai hartanah di situ meningkat sebanyak 50%. Mohd. Khay turut memilih untuk mewujudkan jenama hotel tersendiri daripada mengambil jenama hotel antarabangsa yang sudah popular kerana tidak mahu terikat dengan piawaian yang ditentukan pihak berkenaan.

May be an image of furniture and bedroom

“Kita tidak mahu ada benda-benda syubhah di sini (hotel). Secara tak langsung juga kita memberi pilihan pada mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, untuk memilih tempat kerja yang mesra syariah,” katanya sambil menjelaskan usaha yang dibuatnya itu adalah fardhu kifayah yang perlu beliau laksanakan sebagai seorang Muslim.

Menyifatkan dirinya sebagai fundamentalis Muslim, beliau percaya hanya dengan kembali kepada ajaran Islam seseorang itu boleh berjaya.

May be an image of indoor

“Jika kita lihat sejarah kegemilangan Islam ia adalah semasa di zaman Rasulullah, zaman sahabat dan zaman pemerintahan khalifah di mana mereka amat berpegang kepada ajaran agama. Jadi, kenapa kita (Muslim) sekarang mahu lari daripada Islam?” katanya.

Majoriti pekerja di hotel ini adalah muslim Malaysia yang asalnya dari pelbagai hotel ternama yang mana para pekerja ini sejak sekian lama mereka mencari peluang bekerja di hotel taraf 5 bintang tetapi ingin menitik beratkan kriteria halal dan menjaga hukum syara'.

Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur, Kuala Lumpur | Best Price Guarantee -  Mobile Bookings & Live Chat

Maka wujudnya hotel ini sesungguhnya memberi peluang keemasan dan seperti menjadi fardhu kifayah buat usahawan Muslim yang mampu untuk terus usaha .

Sesungguhnya, kisah mereka ini dapat dijadikan inspirasi. Mereka adalah contoh bahawa Bumiputera Islam juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam dunia korporat dengan mereka yang bukan Melayu tanpa perlu mengorbankan prinsip Islam yang disanjung.

Tahniah Dato Khay dan Dato Iszhar dan team.kami doakan perniagaan mereka berkembang pesat, menambah zakat, bertambah berkat.

Semoga Datuk Mohd. Khay dan syarikatnya terus istiqamah dalam perjuangan mereka dalam dunia korporat yang menjanjikan 1,001 cabaran yang menguji akal, minda dan kesabaran ini, Insya Allah.

Food and beverages

Marilah bawa program syarikat dan keluarga ke hotel ini. Insha allah puas hati. Anda juga boleh membawa keluarga bersama ke Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan menikmati pelbagai keunikan layanan Islamik bertaraf 5 bintang di Tamu Hotel & Suites. Bersama kita menaikkan taraf produk Muslim !

Kunjungi laman sesawang mereka di Tamu Hotel & Suites untuk maklumat lanjut.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA JUGA : TAMU & SUITES, HOTEL PATUH SYARIAH DI BANDARAYA KUALA LUMPUR […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram