Tangga Putrajaya Steps
Kredit : Melvinous.87

Putrajaya telah mempunyai tarikan baharu iaitu 'Tangga Putrajaya' atau 'Putrajaya Steps' yang merupakan ilham bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bersempena Sambutan Jubli Perak Pembangunan Putrajaya.

Tangga Putrajaya
Kredit : Aizat Izzat

Dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana dengan keluasan 1.2 Ekar, 250 anak tangga ini mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana , naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.

Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu Dataran Putra untuk ke mercu tanda dan ke Hotel Pulse Grande yang terletak di Taman Putra Perdana.

Tangga Putrajaya
Axis Lurus Mengala ke Arah Jambatan Seri Wawasan. Kredit : Backpackncamera

Ketika berada di tangga, anda akan dapat melihat pemandangan ke arah Jambatan Seri Wawasan, Dataran Putra dan Masjid Putra dari aras ketinggian yang berlainan.

Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves.

Apabila tiba di puncak, anda akan melihat mercu tanda Putrajaya yang menyimpan sebuah Kapsul Masa yang mengandungi dokumen penting dan sejarah pembinaan Putrajaya.

Paling menarik, pohon-pohon yang ditanam di sepanjang Tangga Putrajaya ini adalah Pohon Tecoma atau digelar juga sebagai Pohon Sakura Malaysia yang akan menambah seri kawasan tersebut.

Tangga Putrajaya

Tetapi, pohon tersebut mengambil masa beberapa tahun untuk membesar dan berbunga. Anda boleh lihat dulu ilustrasi artis apabila pohon tersebut berbunga di sepanjang Tangga Putrajaya.

Tangga Putrajaya
Ilustrasi Artis. Kredit : WilayahKu

Sebelum anda ke sana, kami nasihatkan dahulu kepada anda. Tangga Putrajaya ini terletak di tepi jalan besar, mohon kesemua untuk mengutamakan keselamatan jalan raya. Elakkan meletak kenderaan di bahu jalan. Anda boleh meletak kenderaan di kawasan letak kenderaan di Taman Putra Perdana dan menuruni Tangga Putrajaya.

0 0 votes
Article Rating
Categories: ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram