TOURISM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan syarikat e-Dagang popular, Shopee Malaysia telah berganding bahu dalam menghidupkan semula ekonomi dan rantaian bekalan pelancongan menerusi Kempen “Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before”.

Kempen di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) itu akan bermula pada 31 Disember sehingga 31 Mac 2021 dan akan menawarkan e-baucar menarik kepada para pembeli.

Apa yang menarik, pembeli berpeluang menebus e-baucar RM50 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel satu hingga tiga bintang, atau e-baucar RM100 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel empat dan lima bintang di seluruh negara.

E-baucar hanya boleh ditebus oleh rakyat Malaysia dan adalah layak untuk digunakan sekali sahaja berdasarkan terma dan syarat ‘first come first serve’.

The Saujana Hotel Kuala Lumpur in Malaysia - Room Deals, Photos & Reviews

Pembayaran boleh dibuat menggunakan ShopeePay, kad debit atau kad kredit. 18,750 pembeli terawal juga akan menikmati baucar tambahan RM20.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said berkata, PRE 1.0 bertujuan untuk menarik rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dan pada masa yang sama menyokong industri perhotelan dalam menjana pendapatan dan mengekalkan perniagaan.

“Hasil daripada kempen ini akan memberi kesan yang berlipat ganda dan akan membantu menghidupkan semula ekonomi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia Yap Lip Seng pula berkata, MAH mempunyai lebih dari 400 hotel dari satu hingga lima bintang di seluruh negara yang sudah pun menawarkan harga-harga istimewa.

Susulan daripada itu, rakyat Malaysia kini dapat memanfaatkan e-baucar yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor

“Peluang ini sememangnya tidak boleh dilepaskan dan saya berharap hasilnya akan memberi sedikit harapan bagi industri perhotelan Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik ini,” katanya.

Kini, Malaysia telah beralih ke fasa pemulihan ekonomi. Tourism Malaysia dan Persatuan Hotel Malaysia menggalas tanggungjawab yang berat dalam memastikan industri pelancongan dapat dihidupkan kembali.

Sebagai platform yang mengutamakan keperluan komuniti tempatan, Shopee juga ingin memberi sokongan dan sumbangan.

Baucar Amverton Cove Golf & Island Resort juga boleh dibeli di shopee

“Kami akan menggugurkan semua komisen dan caj transaksi di platform kami bagi kempen ini sebagai dorongan tambahan buat para pemain industri.

“Bersama-sama dengan e-baucar menarik yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, kami yakin industri perhotelan akan kian pulih,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Tunggu apa lagi? Jom cuti-cuti Malaysia!

Untuk maklumat lanjut tentang “Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before”, layari tebus kupon anda di laman web Shopee disini

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
15 January 2021
Malaysia Tersenarai Antara 20 Negara Paling Rugi Dalam Sektor Pelancongan 2020

Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]

Selanjutnya
6 January 2021
5 Negeri paling banyak terima pelancong selepas tamat PKP pada 2020

Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]

Selanjutnya
6 January 2021
Ini SOP terbaru aktiviti pendakian bermula 2021 yang geng hikers perlu ambil tahu

Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]

Selanjutnya
4 January 2021
Tatacara dan garis panduan pelawat ke Sabah & Sarawak Terbaru (Kemaskini Januari 2021)

Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]

Selanjutnya
4 January 2021
Dah macam 'Business Class' ! Emirates lancarkan kelas Ekonomi Premium bermula 4 Januari 2021

Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram