Operations at KLIA back to normal four days after disruption | The Star
Gambar Hiasan. Sumber : The Star

Dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini,  dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk akan menjadi antara perkara yang tidak lagi diperlukan oleh penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Inisiatif itu menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik kepada penumpang sekaligus membolehkan penumpang melalui seluruh perjalanan lapangan terbang tanpa perlu menunjukkan pas masuk mereka di semua pintu, daripada daftar masuk hingga pintu pelepasan.

teknologi pengecaman wajah luar negara
Gambar Hiasan. Sumber : WSJ

Teknologi itu dijangka memberi kemudahan kepada penumpang apabila proses pengesahan dijangka memakan masa hanya kira-kira lima saat untuk setiap penumpang di setiap pintu, sekali gus mengurangkan perjalanan lapangan terbang mereka dengan ketara.

Fasa pertama pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai pada separuh pertama 2021, apabila 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah.

Airport facial recognition: What you need to know – Business Traveller
Gambar Hiasan. Sumber : Business Traveller

Selain daripada mengurangkan waktu diambil bagi proses pengesahan dan mengurangkan penggunaan identiti palsu, inisiatif ini juga akan membolehkan penumpang melalui pengalaman tanpa sentuhan dan meningkatkan keselamatan mereka di lapangan terbang dalam parameter norma perjalanan baharu

Teknologi itu juga akan disepadukan dengan aplikasi MYairports dan penumpang dapat mendaftarkan pengesahan wajah mereka sebelum mereka tiba di lapangan terbang.

Integrasi dengan sistem imigresen juga akan membolehkan warga asing menggunakan Immigration Autogate dan tidak perlu beratur di kaunter.

SIA Applauds NIST Study on Facial Recognition | Security Industry  Association
Gambar Hiasan : Sumber : Security Industry Association

Pada masa depan, teknologi itu akan diperluaskan untuk memasukkan aspek lain seperti pembelian runcit dan akses ke lounge syarikat penerbangan.

Matlamat MAHB ialah menjadikan lapangan terbang sedia untuk masa depan terutamanya apabila perjalanan meningkat lagi, memang terbaik !

Sumber : Amanz.my

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram