Terbengkalai Sejak 2020, Netizen Risau MAPS Perak Jadi Spot Paranormal

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Bermula tahun 2017, Taman Teman Movie Animation Park Studio atau MAPS Perak boleh dikatakan satu destinasi baru bagi pelancongan keluarga di Perak.

Bagaimanapun, destinasi tersebut gagal bertahan lama akibat kos operasi yang melebihi jumlah kutipan tiket dan akhirnya terpaksa ditutup pada 2020.

Dikatakan, pihak kerajaan negeri sedang giat mencari pelabur baru untuk menguruskan taman tema ini. Namun, masih belum jumpa lagi.

Baru-baru ini, akaun Twitter @viralperak telah memuatnaik gambar terkini dan keadaaan semasa tapak taman tema MAPS Perak ini yang telah terbengkalai dan dipenuhi dengan semak samun sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Namun, beginilah keadaan persekitarannya semakin dikelilingi semak samun sementara menunggu pelabur baru untuk meneruskan pengoperasian semula. Apa nasib taman ini seterusnya? Harap-harap taman tema ini tidak terus terbiar sebegini. Sayang kerana lokasinya amat baik di Meru Raya, hanya bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan yang menjadi laluan ramai orang.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram