Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, akan memastikan terumbu karang di perairan Pulau Mabul, yang rosak akibat dilanggar 'barge' atau tongkang membawa muatan bahan binaan semalam, menjalani proses restorasi.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, penyelam daripada Taman-Taman Sabah serta Jabatan Perikanan, sudah diarah melakukan penilaian awal kerosakan seterusnya merancang program restorasi, di kawasan yang rosak.

May be an image of outdoors

"Selain membuat penilaian tahap kerosakan, jika sesuai proses restorasi awalan juga akan dilaksanakan serta-merta, untuk posisikan semula terumbu karang yang rosak dan terbalik, agar boleh terus hidup, tongkang itu telah dialihkan daripada terumbu karang tersebut," katanya dalam kenyataan.

Semalam, media melaporkan terumbu karang di kawasan menyelam dikenali sebagai Paradise One di Pulau Mabul di sini, rosak akibat dilanggar tongkang berkenaan.

BACA : TERUMBU KARANG DI PULAU MABUL ROSAK AKIBAT DILANGGAR TONGKANG

Jafry berkata, pihaknya difahamkan tongkang itu membawa bahan binaan bagi projek pembinaan pangkalan operasi hadapan (FOB), di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

terumbu karang yang rosak di pulau mabul akibat dilanggar tongkang

"Mengikut rekod di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, projek berkenaan diberikan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan (PMM Report) pada 8 Feb lalu, dan siasatan akan dijalankan sama ada terdapat pelanggaran dalam syarat kelulusan PMM yang dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, kawasan terbabit tidak dilindungi sama ada di bawah Taman-Taman Sabah atau Jabatan Hidupan Liar Sabah, menyukarkan tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas insiden tersebut."

Jabatan Perikanan Sabah juga tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menangani kerosakan terumbu karang di luar kawasan yang dilindungi, kerana tidak terkandung dalam Akta Perikanan 1985," katanya.

Namun Jafry berkata isu kekurangan daripada segi bidang kuasa dan penguatkuasaan itu akan ditangani bagi memastikan Sabah mempunyai peruntukan undang-undang lebih ketat berkaitan perlindungan alam sekitar.

"Perkara ini serius, kerana merosakkan terumbu karang yang umumnya mengambil masa ratusan tahun untuk tumbuh dan jarang ditemui selain menjadi habitat pembiakan pelbagai hidupan marin," katanya.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana perairan Semporna menjadi salah satu tumpuan penyelam skuba antarabangsa mahupun domestik.

Kredit : Astro AWANI

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA JUGA : TERUMBU KARANG YANG ROSAK DI PULAU MABUL AKAN DIPULIHKAN […]

Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram