Pemuda ini ubahsuai 'van pasar malam' menjadi campervan serba lengkap. Mahu kembara ke seluruh Malaysia !

Dikemas Kini: 3 Julai 2021
Surga Route
Pemuda ini ubahsuai 'van pasar malam' menjadi campervan serba lengkap. Mahu kembara ke seluruh Malaysia !
Sumber : Facebook Aceyie Channel

Seorang pemuda bernama Mohd Asri Mohd Nawawi yang berasal dari Kroh, Perak sanggup menghasilkan sendiri campervan (van perkhemahan) daripada van mini berjenama Daihatsu Hijet s85, bagi memenuhi impiannya mengembara.

Pemuda ini ubahsuai 'van pasar malam' menjadi campervan serba lengkap. Mahu kembara ke seluruh Malaysia !
Sumber : Facebook Aceyie Channel

Beliau yang ditemubual oleh Bernama berkata ilmu mengenai pengubahsuaian kenderaan diraih melalui video campervan conversion luar negara yang terdapat di laman sosial YouTube sebelum beliau melakukan pengubahsuaian van mini berwarna hijau yang popular dikenali sebagai ‘van pasar malam’ miliknya.

Pemuda ini ubahsuai 'van pasar malam' menjadi campervan serba lengkap. Mahu kembara ke seluruh Malaysia !
Sumber : Facebook Aceyie Channel

Menurut beliau, van miliknya dibeli secara dalam talian di Kajang pada Nov lepas. Asalnya, keadaan van tersebut kosong malah dia perlu membaiki beberapa bahagian seperti enjin dan pintu terlebih dahulu sebelum dibawa pulang ke Perak.

Bercerita lanjut, pemuda ini berkata campervannya itu yang mengambil masa 6 minggu untuk diubah suai, persis sebuah rumah bergerak kerana dilengkapi dengan ruang rehat, tempat tidur, kabinet, langsir, kipas pengudaraan, sistem solar yang berfungsi untuk menjana tenaga elektrik serta ruang penyimpan kargo di atas bumbung dengan kos sekitar RM3,000.

Pemuda ini ubahsuai 'van pasar malam' menjadi campervan serba lengkap. Mahu kembara ke seluruh Malaysia !
Sumber : Facebook Aceyie Channel

Beliau membuat pengubahsuaian di bahagian belakang van dengan membuat lantai kayu menggunakan papan lapis manakala bagi tempat duduk penumpang belakang ia adalah bersifat mudah alih. Van tersebut boleh memuatkan sehingga dua orang dalam satu-satu masa.

Pada asalnya, Mohd Asri berhasrat untuk mengembara secara solo di seluruh negara bersama campervannya itu, namun terbantut susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Jan lepas.

campervan milik beliau
Sumber : Facebook Aceyie Channel

Jadi, buat masa ini, beliau hanya melakukan sedikit penambahbaikan bagi memberi lebih keselesaan selain meluangkan masa dengan ibu bapa untuk menikmatinya walaupun hanya di depan rumah.

Menariknya, beliau turut berkongsi aktiviti mengubahsuai campervan tersebut dalam bentuk video berepisod di saluran YouTube Aceyie Channel.

Ia diharap dapat memberi dorongan dan idea kepada peminat campervan untuk memulakan aktiviti dan hobi yang santai itu.

Lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ini turut menyimpan impian untuk membina sendiri sebuah rumah mini yang dilengkapi semua kemudahan termasuk bilik tidur, ruang tamu, dapur, ruang makan dan tandas.

Sebelum ini, beliau telah tular apabila mengubahsuai sebuah kereta kancil menjadi kenderaan bagi percutian. Terbaik, memang menjadi inspirasi kepada kami !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram