Zoo Teruntum Dibuka Semula 10 Disember 2021 Sebagai Zoo Hibrid Pertama di Dunia
Surga Route
|
13 December 2021
Mini Zoo Teruntum Teruntum telah dibuka semula sejak 10 Disember 2021 sebaga zoo hibrid pertama di dunia selepas projek naik taraf siap sepenuhnya.
Projek edu-tourism Zoo Teruntum itu dibangunkan dengan konsep baharu menggabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik prasejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Revolusi Industri 4.0.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin, berkata pelaburan bagi projek itu dengan kerjasama syarikat swasta, Wegrow Global Sdn Bhd (Wegrow Global) mencecah RM12 juta.
Pengunjung bukan hanya dapat melihat haiwan tempatan secara langsung, malah turut berpeluang menyaksikan haiwan animatronik prasejarah yang telah pupus dan pelbagai tarikan lain.
Zoo Mini Taman Teruntum seluas 4.4 hektar itu mengekalkan struktur sedia ada dan ditambah baik agar lebih menarik dan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.
Daripada keseluruhan kawasan, kira-kira 30 peratus dikekalkan untuk pameran haiwan hidup dan selebihnya dibangunkan melalui projek edu-tourism yang turut menempatkan kafe bertema, makmal dinasor dan sebagainya.
Pembukaan Zoo Teruntum dengan konsep baharu itu telah menarik lebih ramai pelancong ke daerah Kuantan, Pahang.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]