119 Penerbangan Dijangka Tiba di Malaysia Sejurus Pembukaan Sempadan 1 April
Surga Route
|
1 April 2022
Lapangan terbang di seluruh negara dijangka menerima sebanyak 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April 2022, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Dalam satu kenyataan , Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo, berkata berdasarkan jadual penerbangan yang telah difailkan, dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menerima 110 penerbangan, antaranya adalah dari Hong Kong, Incheon, Melbourne, New Delhi, Doha, Istanbul dan London.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) menerima sebanyak tujuh ketibaan penerbangan, lima adalah dari Singapura dan dua dari Taipei manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Ipoh (IPH) masing-masing menerima satu penerbangan dari Singapura.
"Ketika industri penerbangan hendak memulakan semula operasi secara selamat dan mampan, CAAM dan pihak berkepentingan industri mesti bekerjasama untuk melaksanakan langkah yang wajar untuk memulakan semula operasi bagi memastikan mengambil pendekatan yang selamat.
"Ini akan membantu memastikan pengoperasian semula dan pemulihan dalam operasi pengangkutan udara dengan amalan kebiasaan baharu dipertimbangkan dengan mendalam dan dilaksanakan secara berstruktur," kata Voo.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata lapangan terbang di seluruh negara sudah bersedia untuk memastikan pengalaman yang selamat dan lancar untuk semua pengguna lapangan terbang sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula esok.
Beliau berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan lapangan terbang untuk memastikan protokol dan prosedur kesihatan di lapangan terbang dipermudahkan demi keselesaan penumpang.
"Sejak beberapa minggu lalu, kami telah mengadakan libat urus secara harian dengan pelbagai pihak berkepentingan lapangan terbang untuk memastikan operasi lapangan terbang berjalan seperti mengikut jadual.
"Kami mengambil perhatian terhadap semua perkara. Kami bukan sahaja melihat semua aspek perjalanan penumpang, kami juga memastikan pematuhan kepada semua perkara berkaitan kawal selia penerbangan," katanya.
Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk memendekkan proses dokumentasi semasa ketibaan dengan meminta penumpang melengkapkannya pada aplikasi MySejahtera sebelum berlepas dari negara asal mereka.
Kawasan beratur di kaunter imigresen telah diubah menjadi lebih luas untuk keselesaan penumpang dan e-gate imigresen juga tersedia untuk digunakan oleh warganegara Malaysia untuk pelepasan yang lebih cepat.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]