13 Port Makan Steak Halal Terbaik di Lembah Klang !

Tag:
Dikemas Kini: 2 Mac 2022
Surga Route

Dulu-dulu nak makan steak premium takut kerana dalam masakan ada campuran barang tidak halal dan daging premium yang diimport pun tidak disembelih mengikut syarak. Restoran pula kadang menghidangkan minuman beralkohol.

Alhamdulillah, sekarang sudah semakin banyak restoran menawarkan steak premium yang dijamin Halal. Boleh makan tanpa ragu-ragu lagi.

Ini kami senaraikan 13 Restoran yang menghidangkan premium steak halal terbaik di sekitar Lembah Klang ! Macam-macam jenis daging dan potongan boleh ditemukan disini.

Me'nate Steak Hub

13 Port Makan Steak Halal Terbaik di Lembah Klang !

Kalau bercakap mengenai steak halal di Malaysia, memang tak sah kalau tak sebut mengenai Me'nate Steak Hub. Mana tidaknya, mereka adalah restoran milik Muslim terawal yang menghidangkan daging-daging premium dan steak halal di Malaysia. Jadi, eloklah kami mulakan senarai steak halal kami dengan restoran ini.

Sehingga kini, Me'nate telah memiliki banyak cawangan di seluruh Malaysia. Di Lembah Klang sahaja, mereka mempunyai sebanyak 5 cawangan iaitu di Ampang, Bangi, Shah Alam & Setapak.

Status Halal : Dimiliki Muslim & Sijil Halal JAKIM

Lokasi

πŸ“Me'nate Steak Hub@Ampang, 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor

πŸ“Me'nate Steak Hub@Bangi, 3B, Curve Business Park, 25, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

πŸ“Me'nate Steak Hub (Setapak), C-01-02 & C-01-03 StarParc Point, Jln Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

πŸ“Me'nate Steak Hub (Shah Alam), Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

JAHHET Fine Meat

steak halal
JAHHET Fine Meat

Restoran ini diasaskan oleh, β€˜Master Butcher’ Malaysia, Chef Mustaffa Othman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mus. Beliau juga adalah pengasas Me'nate Steak Hub.

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“ JAHHET Fine Meat@Bangi, Eβ€”G-09, Streetmall Bangi Gateway, Jalan GE, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

πŸ“Jahhet Fine Meat Taman Nirwana, Jln Nirwana 1, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor

KARS Fine Meat

steak halal

Restoran ini terletak di Cottage Walk, Cyberjaya berdekatan dengan restoran Taco Bell pertama di Malaysia.

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“Β KARS Fine Meat & Steak, No.9, off, Persiaran Apec, Cottage Walk, 63000 Cyberjaya, Selangor

AD Butcher & Steak

steak halal

Restoran yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini terkenal dengan 'dry aged steak' iaitu daging yang telah melalui proses penuaan sebelum dimasak atau dijadikan steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“Β AD Butcher & Steak, 21, Trivo Jelutong, Seksyen U8, DE, Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Kay's Steak & Lobster

steak halal

Selain menyediakan pelbagai jenis hidangan steak halal, restoran ini juga terkenal kerana menghidangkan makanan bangsawan dari laut iaitu lobster

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“12A, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor

πŸ“B3-7, Arc @ Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor

Chef Ammar Steak House

steak halal

Siapa tak kenal dengan chef selebriti berasal dari Palestin, iaitu Chef Ammar. Beliau juga terkenal dengan masakan 'lamb shank'.

Kini beliau membuka sebuah restoran steak halal dengan konsep 'semi fine-dining', bersebelahan dengan restoran makanan arab yang telah lama diusahakannya di USJ 4, Subang Jaya.

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“Chef Ammar Steakhouse, 8, Jalan USJ 4/1, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor

Meat Point Steakhouse

steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“TTDI Meat Point, 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

N97 Bangsar

steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“N97 Bangsar, 9, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sixty9 Islamic Steakhouse

steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“Sixty9 Islamic Steakhouse, 341, Lorong Sarawak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Simply Ribs

steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“C-12-G, Sunway Giza Mall,No. 2 Jalan PJU 5/17,Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor

πŸ“36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Wangsa Grill House

steak halal

Status Halal : Dimiliki Muslim

Lokasi

πŸ“8-10, Lorong Dataran Wangsa Wangsa Melawati, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

steak halal

Status Halal : Sijil Halal JAKIM

Lokasi

πŸ“Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Bife Charcoal Steakhouse

steak halal

Status Halal : Sijil Halal JAKIM

Lokasi

πŸ“ Bife Charcoal Steakhouse, No. 1-5 & 1-5-F 1st Floor, The LINC KL Commercial Development , NO.360, Β Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram