17 negara boleh dilawati tanpa perlu kuarantin

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Dikemas Kini: 22 Ogos 2023
Surga Route

Berita baik untuk  rakyat Malaysia yang dah divaksin! Semakin banyak sempadan negara dibuka dan SOP untuk melancong ke negara-negara luar semakin longgar ! Ini dia senarai 17 negara yang anda boleh pergi tanpa perlu kuarantin !

1) Amerika Syarikat

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !


Kat sini, semua peraturan kuarantin dah dibubarkan. Maksudnya, anda bebas melancong tanpa sebarang rasa bimbangan. Dengan syarat, anda dah divaksin sepenuhnya.

Anda boleh berseronok dengan beberapa mercu tanda yang indah macam Grand Canyon, mendaki kat Taman Negara Yellowstone atau fefeeling ala-ala artis kat Hollywood Walk of Fame! 

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID-19:

  • Hubungi pegawai kesihatan untuk maklumkan keadaan semasa.
  • Asingkan selama 5 hari. Anda akan dibebaskan selepas hari ke-5  kalau dah tak ada sebarang gejala. 
  • Hotel kuarantin bermula dari RM470.

2) Aruba

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Aruba ni adalah sebuah negara yang kurang terkenal. Ia merupakan sebuah pulau kecil di Lautan Caribbean. Tidak seperti tempat-tempat lain di kawasan Caribbean, Aruba mempunya iklim kering dan satu lanskap yang gersang yang ditumbuhi pokok kaktus. Iklim ini membantu sektor pelancongan kerana pengunjung-pengunjung ke pulau ini boleh mengharapkan kepada cuaca panas yang cerah. Anda boleh lawati negara kecil ini dan tak perlu melalui proses kuarantin.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan PCR atau RTK negatif 24 jam sebelum berlepas.
  • Lengkapkan borang Imigresen, Kad ED dengan sijil vaksinasi.
  • Beli Insurans Pelawat Aruba sekurang-kurangnya 3 hari sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Hubungi Jabatan Kesihatan Awam, atau dapatkan kakitangan hotel untuk membantu
  • Kuarantin di tempat penginapan selama 5 hari.
  • Kos kuarantin hotel, berbeza-beza mengikut tempat penginapan.

3) Bahamas

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Bahamas merupakan sebuah negara yang terletak dalam Kepulauan Lucayan di rantau Hindia Barat di Lautan Atlantik. Ia terdiri daripada 97% keluasan tanah Kepulauan Lucayan dan dihuni oleh 88% penduduk kepulauan tersebut. Ibu Negara Bahamas ialah Nassau yang terletak di Pulau New Providence.

Keperluan: 

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 3 hari sebelum berlepas.
  • Wajib buat permohonan Visa Kesihatan Perjalanan Bahamas 2 hari sebelum berlepas

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  •  Hadirkan diri kat pusat saringan untuk pemeriksaan kesihatan.
  • Asingkan diri selama 5 hingga 14 hari, bergantung kepada simptom.

4) Republik Dominika

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Untuk yang pernah tengok filem Pirates of the Caribbean, anda bolehlah jadikan Republik Dominika sebagai salah satu destinasi percutian terbaik korang.

Kalau nak tahu, kat sini anda boleh tengok ikan paus, belajar cara coklat dan kopi dibuat, dan lagi syok, kalau anda boleh cuba gulung cerut sendiri!

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Tak perlu buat ujian PCR/RTK sebelum berlepas. Sebaliknya, kena buat ujian 3 hari sebelum penerbangan.
  • Anda kena buat ujian pernafasan COVID19 secara rawak semasa ketibaan kalau korang belum buat sebarang ujian sebelum berlepas.
  • Keputusan Ujian PCR Negatif ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  •  Hubungi *462 (Talian Penting COVID19 Republik Dominika) untuk laporkan kes dan arahan lanjut.
  • Hubungi dan maklumkan kakitangan hotel.
  • Asingkan diri, mengikut arahan yang diberikan.


5) Mexico

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Tanpa mengira status vaksinasi, pelawat dibenarkan masuk ke negara ni. Jadi, anda bolehlah teruskan niat untuk rasa sendiri taco asli, dan pelbagai lagi makanan jalanan, muzik dan jugak melawat kawasan tamadun Maya!

Keperluan:

  • Mesti isi borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum memasuki Mexico.
  • Mesti mencetak Kad Pelancong Kemasukan Rasmi sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan gejala korang kepada kakitangan hotel atau pusat bantuan COVID-19.
  • Asingkan diri selama 5 hingga 10 hari, bergantung pada nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.
  • Sesetengah hotel ada pakej kuarantin, yang berbeza dalam kadar, dari serendah USD$5 (RM21). Ada jugak hotel yang tawarkan penginapan pengasingan mereka secara percuma.


6) Maldives

Kalau selama ni anda dok mengidam dos tambahan ‘Vitamin Sea’, maka Maldives adalah tempat yang sesuai untuk anda melancong!

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Sebenarnya Maldives dah bukak sempadan kepada pengembara sejak 15 Julai 2020. Memandangkan kita ni baru je nak berjinak-jinak pergi melancong, masa inilah anda boleh teroka sendiri pulau-pulau yang ada.

Keperluan: 

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR Negatif 4 hari sebelum berlepas .
  • Isi borang Pengisytiharan Kesihatan Pengembara (IMUGA) 2 hari sebelum berlepas. Serahkan secara elektronik.
  • Mesti ada bukti pembelian penginapan hotel.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan status anda kepada kakitangan hotel.
  • Sebagai alternatif, anda boleh hubungi Agensi Perlindungan Kesihatan di talian 1676
  • Kuarantin kat hotel selama 7 hari.
  • Pakej kuarantin hotel tersedia, dan bermula dari serendah USD$350 (RM1,467) semalam.


7) Iceland

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Tanpa mengira status vaksinasi, pelancong dialu-alukan ke Iceland tanpa sekatan. Jadi, anda boleh bersiap sedia untuk berendam dalam Blue Lagoon. Kalau bernasib baik, dapatlah anda tengok sendiri fenomena alam, Northern Sky yang memang rare !

Keperluan:

  • Takde sekatan sejak 25 Februari 2022.
  • Mesti ada VISA yang sah.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Booking slot ujian simptom dalam talian atau melalui talian hotline secara percuma.
  • Disyorkan untuk asingkan diri selama 5 hari. Kalau simptom berterusan, teruskan pengasingan selama 2 hari lagi.
  • Bincang dengan pihak pengurusan hotel, sama ada anda boleh teruskan kuarantin kat situ atau perlu dipindahkan ke hotel kuarantin.
  • Kadar hotel kuarantin adalah berbeza, dan kos untuk tempoh penginapan, ditanggung sendiri. KLIK SINI untuk senarai hotel kuarantin.

8) United Kingdom

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

UK dah gugurkan semua peraturan kuarantin untuk anda yang dah divaksin sepenuhnya.

Jadi, takde lagi ujian diperlukan sebelum berlepas atau semasa ketibaan. Melainkan kalau, anda dari negara dalam senarai merah mereka (tidak ada pada masa ini).

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Kalau vaksinasi , ujian PCR negatif 2 hari sebelum berlepas dan 1 ujian PCR semasa ketibaan.
  • Mesti mengisi borang pencari penumpang 3 hari sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Maklumkan kepada kakitangan hotel tentang status korang, dan dapatkan bantuan.
  • Sekiranya perlu, anda boleh tempah slot untuk ujian COVID.
  • Bagi yang dah divaksin sepenuhnya, anda digalakkan untuk asingkan diri selama 5 hari. Kalau ujian RTK negatif pada hari ke-5, anda akan dibebaskan.
  • Kepada yang belum lengkap divaksin, anda akan diwajibkan untuk kuarantin sekurang-kurangnya 10 hari. Kalau ujian RTK anda negatif pada Hari 6 dan Hari 7, anda akan dibebaskan daripada kuarantin.
  • Bayaran hotel kuarantin UK, maksimum £2,285 (RM12,734) seorang untuk tempoh penginapan.
  • Sekiranya perlu lanjutkan kuarantin, takde sebarang caj tambahan akan dikenakan.


9) Perancis

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Bonjour! Selamat datang ke kota cinta! Kalau selama ni cuma dapat tengok Eiffel Tower dari kaca TV je, sekarang ni anda dah boleh datang dan nikmati sendiri keindahan yang ada kat sekitar Paris. 

Sama macam UK, Perancis dah batalkan peraturan kuarantin untuk vaksin sepenuhnya. Tapi, kalau anda sejenis yang mementingkan keselamatan, bolehlah bayar untuk buat ujian PCR/RTK.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Kalau belum divaksin sepenuhnya, anda mesti buat ujian PCR negatif 3 hari sebelum berlepas atau ujian RTK negatif 2 hari sebelum berlepas.
  • Untuk pengetahuan anda, Malaysia dikategorikan sebagai "kategori oren" kat Perancis. Jadi, pastikan isi dulu borang eOS-Passager 3, hari sebelum berlepas.
  • Mohon pas vaksin ( guna aplikasi ToursAntiCovid).

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Maklumkan kepada kakitangan hotel tentang status korang dan dapatkan bantuan. 
  • Sekiranya perlu, hadirkan diri ke pusat saringan COVID yang ada berdekatan hotel.
  • Bagi yang dah divaksin sepenuhnya, anda kena asingkan diri selama 7 hari. Pengasingan akan ditamatkan sekiranya ujian COVID korang negatif pada Hari ke-5.
  • Kalau anda belum divaksin sepenuhnya, anda perlu asingkan diri selama 10 hari. Kalau ujian menunjukkan negatif pada Hari ke-7, anda akan dibebaskan daripada kuarantin.
  • Pakej kuarantin ada disediakan kat hotel dengan bayaran yang berbeza.

10) Sepanyol

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Sebut je Sepanyol, anda dah boleh imagine, betapa cantiknya Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, kan? Lagi syok bila boleh tengok pulak budaya berwarna-warni yang ada kat bumi Andalusia. Paling best bila hotel penginapan anda sebenarnya dah termasuk sekali dengan insurans perjalanan yang dah dilengkapi perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR negatif 3 hari ATAU keputusan ujian RTK negatif 24 jam sebelum berlepas.
  • Isi borang Pengisytiharan Kesihatan untuk mendapatkan kod QR untuk perjalanan

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan status COVID kepada kakitangan hotel untuk mendapatkan bantuan dan pihak berkuasa penjagaan kesihatan serantau untuk ujian PCR.
  • Pengasingan akan dijalankan selama 7 hari.
  • Pakej kuarantin boleh didapati di hotel dan bayaran berbeza-beza.
  • Insurans perjalanan yang anda dapat daripada tempahan hotel dapat bantu korang dengan perlindungan penginapan lanjutan.


11) Jerman

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Mulai 3 Mac 2022, Jerman dah umumkan yang negera tersebut tak akan tersenarai lagi sebagai "negara berisiko tinggi". Maksudnya, korang bolehlah teruskan niat korang melancong tanpa kuarantin! 

Luangkan masa untuk tengok pemandangan bangunan gothic di negara ni sambil nikmati snek currywurst!

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR negatif 2 hari sebelum ketibaan.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Hubungi pihak berkuasa kesihatan tempatan. Asingkan diri dan tunggu arahan selanjutnya.
  • Sekiranya anda dikehendaki menjalani ujian lanjut (iaitu ujian PCR), tunggu atas nasihat "waktu lawatan jangkitan" pihak berkuasa kesihatan tempatan.
  • Asingkan diri selama 10 hari. Kalau ujian kembali negatif pada Hari ke-7, anda akan dibebaskan daripada kuarantin.
  • Kos penginapan lanjutan bergantung pada hotel.

12) Emiriah Arab Bersatu

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Lepas sekian lama terperuk kat rumah, dah tiba masanya untuk korang explore tempat yang eksotik, dan penuh dengan bangunan pencakar langit yang mewarnai bumi Emiriah Arab Bersatu!

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster), untuk dikecualikan daripada ujian RTK/PCR sebelum berlepas.
  • Ujian PCR secara rawak akan dilakukan semasa ketibaan.
  • Muat turun aplikasi Al Hosn untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Hubungi kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
  • Laporkan status anda kepada Jabatan Kesihatan Abu Dhabi atau Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai di 800 342 (boleh dilakukan melalui WhatsApp).
  • Kuarantin selama 7 hari.


13) Singapura

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Singapura, sudah pun buka sempadan dengan inisiatif Vaccinated Travel Lane (VTL). Dengan adanya VTL, anda bebas untuk lakukan perjalanan ke Singapura tanpa kuarantin.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster), 
  • Keputusan Ujian PCR atau RTK negatif (mesti dilakukan dalam masa 2 hari sebelum berlepas).
  • Daftar untuk Pas Perjalanan Bervaksin 3 hingga 60 hari sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
  • Sebagai alternatif, anda boleh dapatkan khidmat Teleperubatan untuk maklumat dan arahan lanjut.
  • Notis Duduk Rumah/Hotel Kuarantin untuk tempoh 7 hingga 10 hari.
  • Kos hotel bermula dari SGD $200 (RM616), hingga SGD $2,000 (RM6,170). Tak termasuk ujian PCR pada hari terakhir.


14) Thailand

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Pulau-pulau cantik macam Koh Lipe, Koh Samui semua dah bersedia nak sambut kedatangan anda. Bagi pencinta makanan pulak, jangan risau. Makanan diorang semua power-power beb (maaf rakyat Malaysia). 

Anda boleh pergi ke bahagian tertentu kat Thailand dengan program Test and Go, dan takde sebarang kuarantin diperlukan selepas lulus ujian awal. 

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR Negatif 3 hari sebelum berlepas dan semasa ketibaan.
  • Buat permohon Pas Thailand 60 hari sebelum berlepas.
  • Tempah bilik hotel dengan Amazing Thailand Safety and Health Administration (SHA) atau Alternative Quarantine (AQ) untuk hari pertama (boleh pilih untuk tinggal sepanjang tempoh penginapan).
  • Buat Ujian RTK sendiri pada Hari ke-5 (sekiranya tempoh penginapan melebihi 5 hari).
  • Mesti ada insurans perjalanan dengan perlindungan minimum USD $20,000 (RM83,540).
  • Muat turun aplikasi MorChana.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Maklumkan kepada kakitangan hotel dan dapatkan bantuan.
  • Hubungi Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara di talian 1330 atau LINE di @nhso
  • Kuarantin kat hotel SHA atau AQ selama 10 hari.
  • Pakej kuarantin hotel bermula dari harga THB38,000 (RM4,874) sehingga THB220,000 (RM28,217).

15) Vietnam

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Vietnam baru je buka sempadan antarabangsa mereka pada 15 Mac 2022 tau! Nikmati kesibukan bandar sambil minum kopi femes yang ada kat sana. Kalau nak berangan ala-ala Puteri Gunung Ledang pulak, bolehlah try jalan-jalan kat Jambatan Emas Da Nang! 

Walaupun masih kena jalani kuarantin 1 hari, tapi berbaloilah. Lepas siap kuarantin, anda boleh terus serbu kedai yang ada jual pho, banh mi dan macam-macam lagi jenis makanan yang ada kat Vietnam.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan ujian PCR, negatif 3 hari sebelum berlepas.
  • Mesti kuarantin selama 1 hari semasa ketibaan.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
  • Hubungi talian hotline Kementerian Kesihatan, 1900 0995 untuk laporkan simptom dan tunggu arahan selanjutnya.
  • Kuarantin kat tempat penginapan selama 7 hari.
  • Pakej kuarantin hotel bermula dari VND550,000 (RM101) hingga VND2,500,000 (RM457).

16) Australia

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Dikenali sebagai salah satu negara dengan kawalan sempadan yang ketat, Australia (selain daripada wilayah Australia Barat, termasuk Perth), kini dibuka kepada pengembara tanpa kuarantin! Bersedia untuk menikmati pemandangan Sydney Opera House yang menakjubkan, kehidupan di bandar metropolitan yang sibuk, dan pantai yang sesuai untuk aktiviti surfing!

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Keputusan Ujian PCR Negatif 3 hari sebelum berlepas ATAU Keputusan Ujian RTK Negatif 24 jam sebelum berlepas .
  • Isi borang Pengisytiharan Penumpang Digital (DPD) 3 hari sebelum berlepas.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan status kepada kakitangan hotel untuk dapatkan bantuan.
  • Laporkan status kepada pihak berkuada negeri/wilayah melalui hotline , dan tunggu arahan lanjut.
  • Kuarantin selama 7 hari.
  • Jumlah kos bergantung pada negeri/wilayah yang dikunjungi. Harga hotel kuarantin bermula dari AUS$1,500 (RM4,561) hingga AUS$3,000 (RM9,123).

17) India

17 Negara Yang Anda Dah Boleh Pergi Tanpa Perlu Kuarantin Lagi !

Baru-baru ni, India dah longgarkan peraturan perjalanan antarabangsa dan menggugurkan ujian saringan sebelum dan semasa ketibaan.

So, anda dah boleh-bolehlah ready tisu untuk menghayati kisah cinta Mumtaz dan Shah Jahan kat Taj Mahal, atau mengembara kat sekitar Segitiga Emas India Delhi, Agra dan Jaipur.

Keperluan:

  • Mesti divaksin sepenuhnya (termasuk suntikan booster).
  • Tak perlu tunjukkan ujian PCR/RTK negatif.
  • Isi borang Deklarasi Air Suvidha sebelum berlepas.
  • Muat turun aplikasi Aarogya Setu.
  • Pantau kesihatan sekurang-kurangnya 14 hari.

SOP yang perlu dipatuhi kalau positif COVID:

  • Laporkan kepada kakitangan hotel untuk bantuan lanjut.
  • Laporkan ke nombor talian bantuan nasional India, 1075.
  • Kuarantin selama 7 hari.
  • Kos berbeza mengikut hotel. KLIK SINI untuk kadar hotel kuarantin. 

So, anda dah bolehlah plan sesiap destinasi impian korang dengan adanya senarai ni. Tapi kena sentiasa beringat tau, dah boleh melancong, tak bermakna COVID-19 dah takde.

Pastikan anda dilindungi insurans perjalanan yang boleh memenuhi keperluan sekiranya berlaku kejadian yang tak diingini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram