keretapi sarong 2022

3,000 Orang Dijangka Meriahkan Keretapi Sarong 2022

Tag:
Dikemas Kini: 16 September 2022
Surga Route

Selepas 2 tahun tidak diadakan secara fizikal akibat pandemik COVID-19, acara unik Keretapi Sarong akan diadakan kembali pada 16 September 2022.

Acara yang mempunyai matlamat untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui promosi seni dan budaya tersebut membawa tema Retro Kuala Lumpur pada tahun ini.

Menerusi satu temubual bersama The Star, pengarah program tersebut menjangkakan seramai 3,000 orang akan hadir memeriahkan acara tersebut.

Peserta-peserta program ini dikehendaki untuk berkumpul di stesen-stesen tertentu sebelum mereka akan dibawa menuju ke lokasi rahsia secara berkumpulan.

Stesen terbabit ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang.

Pada tahun ini, beberapa lagi stesen permulaan turut ditambah iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

image 3 55

Stesen Sentral Kuala Lumpur akan menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram