cruise kapal serendah rm150

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Dikemas Kini: 11 September 2022
Surga Route

Sekarang kan tular berkenaan kapal perlayaran ataupun 'cruise' di Malaysia. Mestilah, sebab Malaysia ni sendiri mempunyai laut yang cukup cantik dan merupakan antara laluan utama kapal di dunia. Jadi rugilah jika kita rakyat Malaysia tak cuba menaiki 'cruise' yang ada disini.

Disini kami kongsikan 4 pilihan 'cruise' yang ada di Malaysia. Ada yang serendah RM150 tau.

Langkawi Sunset Dinner Cruise

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !
Kredit : Crystal Yacht Holidays

Kalau anda tengah nak dalam mood santai, dan ingin melihat matahari terbenam secara romantik dari atas kapal bersama pasangan, Langkawi Sunset Dinner Cruise adalah antara yang boleh menjadi pilihan anda.

Kalau bersama rakan-rakan pun boleh juga, lagi ramai lagi meriah. Di atas Langkawi Sunset Dinner Cruise ini, anda akan disajikan dengan beberapa hidangan ringan. Kiranya macam hi-tea atau dinner gitulah. Cruise ni memang ada banyak operator tau, rata-ratanya menjual pakej sekitar RM150. Ini antara operator pilihan kami :

Genting Dream Cruise

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Jika anda sedang mencari pelayaran mewah yang membawa anda ke beberapa laluan pemandangan paling indah di sekitar Asia Tenggara, maka jawapannya adalah Genting Dream Cruise oleh Resorts World Cruises.

Tambahan pula Genting Dream Cruise ini antara kapal persiaran mewah yang mesra Muslim. Siap ada restoran halal lagi. Jadi tak perlu risau soal makanan.

Sepanjang tempoh pelayaran, kapal itu akan berfungsi sebagai 'hotel' anda, menawarkan pelbagai pilihan bilik, termasuk Interior Staterooms, Oceanview Staterooms, Balconies dan The Palace yang mempunyai perkhidmatan butler 24 jam sendiri dan kemudahan eksklusif.

Genting Dream Cruise mempunyai bar snek 24 jam, tayangan filem di teater Zodiac yang mempunyai 1,000 tempat duduk, taman tema air dan kolam dengan enam gelongsor air, dan pelbagai lagi aktiviti rekreasi.

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !
Kredit : CNA

Nampak macam mahal kan kapal persiaran ini. Tapi sebenarnya anda boleh menaiki kapal cruise ini dengan kadar harga serendah RM950 sahaja. Tiket boleh dibeli disini.

North Borneo Sunset Dinner Cruise

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Anda boleh mendapatkan pengalaman unik bercuti di Kota Kinabalu apabila menaiki North Borneo Dinner Cruise ini.

Cruise ini bermula dari jeti Sutera Harbour. Semasa saat matahari terbenam sehingga malam, anda akan dihidangkan dengan pelbagai makanan dari Sabah secara buffet.

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Perjalanan cruise ini mengambil masa kira-kira 2 jam dan akan kembali tamat di Jeti Sutera Harbour.

Jika anda berminat, tiket bagi cruise ini boleh dibeli disini.

Spectrum Of The Seas (Royal Caribbean)

Siapa tak tahu Royal Caribbean. Salah sebuah syarikat kapal persiaran mewah terbesar di dunia. Antara laluan bagi kapal Spectrum Of The Seas adalah dari Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang menuju ke Singapura.

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Perlayaran selama 3 hari 2 malam di atas kapal ini mungkin sebenarnya tidak mencukupi untuk tetamu menjelajahi dan melakukan kesemua aktiviti yang ada di atas kapal besar ini.

Antara aktivitinya adalah kereta bumper, simulator terjun udara, RipCord by iFly dan simulator luncur air yang dipanggil FlowRider. Anda juga boleh merakam detik-detik insta-worthy di North Star, kapsul pemerhatian kaca, yang membawa anda seolah terapung pada ketinggian 91 meter di atas paras laut.

4 'Cruise' Yang Wajib Anda Cuba di Malaysia Bermula Hanya RM150 !

Untuk menempah tiket perlayaran boleh klik disini.

4 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram