Bermula 1 April 2022, Malaysia dan Singapura akan membenarkan semua pengembara yang lengkap divaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

Kira-kira 400,000 rakyat Malaysia, pengembara Singapura dan luar negara dijangka merentasi laluan darat sempena pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, bermula Jumaat ini (1 April 2022)

Sehubungan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kaunter Imigresen akan dibuka 100% di kedua-dua laluan darat di Tambak Johor dan Tanjung Kupang bagi tujuan pembukaan sempadan di selatan tanah air itu.

Jangkaan 400,000 Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Selepas Dibuka
Bangunan Sultan Iskandar (ICQS Menuju Woodlands Singapura Melalui Tambak Johor)

Terdapat 64 laluan kaunter imigresen di sempadan Malaysia-Singapura iaitu sebanyak 40 di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan 24 di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Beliau berkata, sebelum pandemik COVID-19 melanda, hampir 400,000 orang merentas sempadan darat Johor Bahru-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) (Tambak Johor) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua), dan kerajaan negeri menjangkakan jumlah sama akan merentas sempadan apabila ia dibuka.

Jangkaan 400,000 Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Selepas Dibuka
Kompleks Sultan Abu Bakar (ICQS Menuju Tuas Singapura Melalui Lebuhraya Linkedua)

Selain itu, seramai 2,700 petugas akan diletakkan di sempadan yang akan bertugas 24 jam mengikut sistem penggiliran.

Onn Hafiz bagaimanapun berkata kerajaan negeri menjangkakan berlaku kesesakan di dua pintu masuk berkenaan, lantas meminta semua bersabar.

Jangkaan 400,000 Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Selepas Dibuka
Lebuhraya Linkedua (Second Link Expressway)

Sempena pembukaan semula sempadan laluan darat ini, kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran tol di plaza tol Kompleks CIQS di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di BSI di Tambak Johor dan KSAB Tanjung Kupang yang membabitkan semua jenis kenderaan bermula 1 hingga 7 April.

Lebuhraya Linkedua (Second Link Expressway) . Kredit : Structurae

Dalam pada itu. Kementerian Pengangkutan juga menjangkakan berlaku kesesakan luar biasa pada petang Jumaat, hari pertama sempadan dibuka di Johor Bahru.

Ia berikutan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk akhirnya bersatu dengan keluarga, di samping bagi menyambut awal Ramadan.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang¬†dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
12 May 2022
Silverlakes Village Outlet Bakal Dibuka di Batu Gajah, Perak. Hanya 30 Minit Dari Bandaraya Ipoh !

Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]

Selanjutnya
12 May 2022
Kafe Belibis Tawar Pengalaman Unik Makan Dalam Koc Keretapi di Pekan, Pahang

Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram