matcha sekitar lembah klang

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Dikemas Kini: 4 Oktober 2022
Surga Route

Anda meminati Matcha ? Bagus lah tu. Sebab matcha mempunyai khasiat antioksidanpolyphenols, dan asid amino dikenali sebagai L-theanine.

Terliur pula bila bercerita tentang minuman matcha waktu cuaca panas. Jom cuba minuman matcha di kedai kafe nak ?

Banyak sebenarnya kafe minuman yang best sekitar Lembah Klang. Harga pun boleh berbaloi juga. Antaranya:

Niko Neko Matcha

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Paling kami berkenan dengan Niko Niko Matcha ini adalah konsep clean dan minimalis yang ditampilkan oleh jenama ini bermula dari media sosial sehinggalah ke kafe mereka. Memang instagrammable.

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Niko Neko mempunyai 2 cawangan di Kuala Lumpur iaitu :

  • Niko Neko Matcha 2.0 – Chinatown, 181, Jalan Tun H. S. Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.
  • Niko Neko Matcha 1.5 – Bangsar, 82A, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Menarik berkenaan Niko Neko Matcha, mereka tidak hanya menjual minuman artisan berdasarkan Matcha tetapi mereka juga menjual serbuk Matcha, pastri atau pencuci mulut berasaskan Matcha, barang cenderamata, dan cawan . Berikut adalah antara menu mereka :

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

HEJAÜ

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Matcha sangat sinonim dengan warna hijau, dan nama kafe ini juga diinspirasikan daripada warna matcha.

Yang buatkan kafe ini menarik adalah menu mereka yang ada twist dan unik berbanding menu di tempat lain. Menu-menu minuman matcha disini digabungkan dengan elemen rasa tempatan seperti barli, kelapa, tebu, nenas, mangga dan kunyit mengasilkan minuman gabungan yang memang padu.

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Unik kan menu matcha mereka? Untuk anda yang tengah terbayang-bayang macam mana rasa matcha tebu dan lain-lain, jom serbu kafe HEJAÜ!

  • The Gasket Alley, Unit 15-10, Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor.
  • Lot G-7, Arcoris Plaza, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

IJO. Matcha

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Bila sebut IJO, seakan-akan sama dengan sebutan warna hijau yang merupakan warna matcha tapi dengan sedikit loghat.

Antara keunikan yang ada disini adalah menu Matcha dengan Milo tabur !

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Teringin juga nak tahu apa rasa gabungan matcha dan beberapa minuman lain. Jom cuba?

  • Level 3, B.03.03A Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.
  • B1-13 (Level 1), Liberty Arc @ Ampang Ukay, Selangor.

Match-it Matcha

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berikut adalah menu-menu yang anda boleh temukan di kafe mereka :

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Match-It Matcha berada di alamat berikut:

  • No 47, Jalan Wangsa 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Oh Cha Matcha

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Kebiasaan kafe berasaskan matcha akan menggunakan warna hijau atau putih dengan konsep minimalis sebagai tema, lain pula ceritanya dengan kafe yang satu ini.

Oh Cha Matcha bertindak lari dari kebiasaan dengan menggunakan warna merah jambu sebagai warna utama mereka menemani warna hijau dari Matcha.

5 Kafe Matcha Di Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba

Lebih menarik, menu mereka adalah bebas tenusu dan gula. Katanya menu matcha mereka mempunya 137 kali ganda antioksidan berbanding menu matcha di tempat lain.

Menarik juga kalau dapat rasa minuman matcha yang lebih sihat macam ini. Rasa macam nak pergi beli sekarang lah. Jom?

  • 130, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram