makan best sekinchan

5 Restoran Pilihan Di Sekinchan Yang Wajib Kaki Makan Singgah !

Dikemas Kini: 28 September 2022
Surga Route

Percutian singkat ke kawasan desa yang terletak tidak terlalu jauh dari bandaraya Kuala Lumpur semakin menjadi 'trend' pada masa kini.

Iyalah, dengan hanya perjalanan singkat pun dah dapat menenangkan diri dengan pemandangan indah dan udara segar. Antara tempat yang biasa dikunjungi orang ramai adalah Sekinchan.

Haa, tapi takkan nak tengok pemandangan jer ? Macamana pula dengan makan? Wajib tuu, nanti kebulur. Disini kami sediakan 5 restoran pilihan yang wajib anda singgah di Sekinchan.

1. Faridah Mentarang Bakar

Siput mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya tebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah.

Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja tau. Kiranya mentarang ini adik-beradik dengan kerang juga hehe.

Jika anda ke kawasan Sungai Besar sehingga ke Kuala Selangor, termasuk Sekinchan ini memang banyak jualan mentarang. Tapi, kedai yang paling terkenal adalah Faridah Mentarang Bakar.

Faridah Mentarang Bakar
Kredit : Radien Krowry

Kedai ini terletak di Pasir Panjang, Sekinchan. Antara menu wajib dicuba jika anda ke sini sudah semestinya mentarang bakar dan goreng tepung. Keenakan mentarang segar yang baru diambil memang tiada tandingannya. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan seperti laksa, mee jawa dan nasi goreng.

Waktu operasi: Setiap hari 10AM hingga 5PM (tutup setiap hari Isnin)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: https://www.facebook.com/faridahmentarangbakar/

2. Mee Udang Sri Bandung Seaview

Buat anda yang tergila-gilakan mee udang, restoran ini memang port paling terbaik. Kalau anda makan disini, anda perlu selak udang baru nampak mee tau. Bukan saja udang galahnya yang besar, malah kuah mee bandung juga pekat dan sesedap rasa. Sekali cuba pasti nak lagi.

Mee Udang Sri Bandung Seaview
Kredit : Mai Singgah


Waktu operasi: 8AM hingga 11.30AM dan 12PM hingga 8PM
Ketahui info lebih lanjut di Instagram: https://www.instagram.com/zahidi_sribandungseaview/?hl=en

3. Abah Bonda Ikan Bakar

Salah satu restoran ikan bakar di Sekinchan yang sentiasa diterjah orang ramai adalah Abah Bonda Ikan Bakar. Ia terletak di Kampung Sungai Leman Sekinchan.

Antara menu yang wajib anda cuba adalah ikan bakar, kerang bakar dan sotong goreng tepung. Kalau anda peminat tiram, atau lebih glamour disebut oyster, ha anda wajib ke sini juga !

Selain itu ada juga nasi campur dengan pelbagai lagi pilihan lauk yang lain.

Abah Bonda Ikan Bakar


Waktu operasi: 9AM hingga 4PM (tutup setiap hari Selasa)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: https://www.facebook.com/Abah-Bonda-Ikan-Bakar-Sekinchan-116068206776209/

4. Halal Chinese Cuisine by Chef Danial

Halal Chinese Cuisine by Chef Danial

Untuk yang menyukai masakan Cina, bolehlah singgah ke Chef Danial Halal Chinese Cuisine. Dimulakan oleh Chef Danial Abdullah yang berpengalaman bekerja di Holiday Inn Subang Jaya selama 15 tahun. Kini, beliau menyediakan makanan masakan cina yang murah dan halal.

Halal Chinese Cuisine by Chef Danial

Antara masakan yang terkenal di sini ialah sup ketam, ikan stim teow chew, dan udang butter. Mereka juga menyajikan makanan lain seperti nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee. Bagi anda yang suka masakan cina, singgah ke restoran Chef Danial Halal Chinese Cuisine.

Waktu operasi: 12PM hingga 10PM (tutup setiap hari Isnin)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: HALAL CHINESE CUISINE BY CHEF DANIAL

5. Sekinchan Coconut Farm

Seperti namanya, destinasi ini sangat menarik kerana ia bukanlah kedai makan biasa. Sebaliknya, ia adalah sebuah ladang kelapa yang sangat redup dan instagammable.

Sekinchan Coconut Farm

Sesuai sangat untuk datang di waktu panas untuk berehat, dan mendapatkan minuman kelapa yang segar dari ladang disini.

Sekinchan Coconut Farm

Anda boleh menikmati buah kelapa fresh di sini, atau rasa air kelapa pandan yang dijual dalam botol. Selain itu, mereka juga menyajikan coconut shake yang sangat sedap.

Sekinchan Coconut Farm

Selain itu ada banyak juga jualan makanan yang ringan untuk petang seperti kerabu maggi, pisang goreng, kerang rebus, takoyaki, rojak buah dan lain-lain.

Sekinchan Coconut Farm

Selepas puas berehat dan mendapatkan minuman menyegarkan, jangan lupa bergambar di sekeliling ladang ini.

Waktu operasi: 10PM hingga 5PM (Sabtu & Ahad Sahaja)
Ketahui info lebih lanjut di Facebook: SEKINCHAN COCONUT FARM

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram