keretapi sarong 2022

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Tag:
Dikemas Kini: 11 September 2022
Surga Route

Keretapi Sarong adalah satu acara sosial yang unik dan menyatukan, di mana orang ramai dari semua lapisan masyarakat berkumpul untuk kita meraikan budaya, muzik dan tradisi kita.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Setiap tahun, pada 16 September bersamaan sambutan Hari Malaysia, orang ramai dijemput untuk berkumpul di stesen yang ditetapkan oleh penganjur dengan memakai sarung & pakaian tradisional untuk ke satu "Lokasi Rahsia" yang hanya akan didedahkan nanti.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Acara ini pada asalnya dikelolakan oleh 'Random Alphabet' pada 2012 yang membabitkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Akhirnya acara tersebut dihentikan pada sekitar 2015-2016 atas beberapa faktor tertentu.

Pada 2017, Hak penganjuran acara ini kemudiannya diambil alih oleh LOCCO, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat mempamerkan keunikan Malaysia.

Bermula dari situ, acara Keretapi Sarong menjadi sebuah acara unik yang meriah pada setiap tahun sehinggalah ia terpaksa diadakan secara maya selama 2 tahun disebabkan pandemik COVID-19.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Bagaimanapun, acara flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2022 tersebut akan kembali menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tema 'Retro Kuala Lumpur', selepas dua tahun tergendala susulan penularan Covid-19.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Pada tahun ini acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawah kementerian itu iaitu KTMB, Prasarana Berhad, MRT Corporation, ERL dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Persembahan akan bermula serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Stesen terbabit ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang.

Pada tahun ini, beberapa lagi stesen permulaan turut ditambah iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

Stesen Sentral Kuala Lumpur akan menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Program itu buat pertama kalinya juga akan berlangsung serentak di Ipoh, Perak yang dijangka diadakan di Stesen KTMB Ipoh dengan kerjasama Kelab Sosial Ipoh.

Acara Unik Keretapi Sarong Kembali Pada Hari Malaysia 2022

Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 5,000 orang susulan pertambahan rangkaian stesen tren sebagai stesen permulaan.

Pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti nyanyian lagu rakyat, tarian tradisional (Joget Lambak), permainan tradisional, persembahan, kuiz, dan beberapa pertandingan, akan berlangsung di stesen dan lokasi akhir.

Selain itu, semasa anda dalam perjalanan ke destinasi, terdapat juga persembahan nyanyian dan tarian di setiap kereta api.

Jom kita jumpa di Keretapi Sarong '22 ! Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web mereka di sini

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram