Aeon Mall Alpha Angle Bakal Berwajah Baru Bermula 1 April Ini

Dikemas Kini: 5 Mac 2022
Surga Route

Aeon Mall Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kini menjalani transformasi menerusi projek pengubahsuaian dan penambahbaikan untuk keselesaan pengunjungnya selepas hampir 30 tahun beroperasi.

Aeon Mall Alpha Angle Bakal Berwajah Baru Bermula 1 April Ini

  Sejak pembukaannya pada April 1992, Aeon Mall Alpha Angle sudah menjadi mercu tanda ikonik di Wangsa Maju, di mana ia bukan sahaja pusat beli-belah, malah ia juga menjadi lokasi aktiviti sosial dan riadah kepada pengunjungnya.

  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Aeon, Shafie Shamsuddin berkata, Aeon akan terus progresif dan proaktif untuk memastikan kelestariannya.

 "Kami berasa amat bersyukur kerana selama hampir 30 tahun, Aeon Mall Alpha Angle teguh berdiri, memenuhi keperluan pelanggan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk setempat serta mereka dari jauh dan dekat.

  "Ia juga adalah cawangan kami yang keempat di Malaysia. Justeru itu, Aeon ingin terus progresif dan proaktif untuk memastikan kelestariannya. Selain berwajah baharu, beberapa penambahbaikan dari segi perkhidmatan juga akan dilaksanakan.

  "Kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan ini dijangka akan siap pada April 2022. Bagi permulaan projek ini, bahagian yang terbabit di dalam proses transformasi kebanyakannya di zon Atrium.

 "Beberapa bahagian lain juga akan diceriakan melalui reka bentuk dan perkhidmatan terkini yang akan memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung," katanya.

  Untuk transformasi ini, Aeon mengaplikasikan konsep Inklusif, Digital, Pengalaman @Aeon (Inclusivity, Digital, Experiential @ AEON) atau Idea.

Aeon Mall Alpha Angle Bakal Berwajah Baru Bermula 1 April Ini

   Inisiatif Idea menitikberatkan aspek menyeluruh untuk ekosistemnya, digitalisasi dan teknologi terkini serta pengalaman beli-belah yang lancar merangkumi keperluan semua generasi.

  Aeon Mall Alpha Angle juga dilihat sebagai sebuah ekosistem gelung terbuka yang mengalu-alukan penyertaan bukan sahaja pelanggan daripada semua lapisan masyarakat, tetapi juga perniagaan tempatan ke dalam ekosistem.

  Transformasi ini juga membabitkan pemasangan panel tenaga solar yang akan menjadikan Aeon Mall Alpha Angle sebagai cawangan kedua Aeon yang akan menggunakan tenaga solar selepas Aeon Mall Taman Maluri, Kuala Lumpur.

  "Aeon Mall Alpha Angle juga berada di dalam lingkungan Wangsa Maju yang sudah dikenal pasti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama inisiatif perbandaran karbon sifar.   

  "Oleh demikian, inisiatif ini sudah semestinya dapat memperkasakan lagi aspirasi Aeon untuk turut sama memastikan kelestarian alam sekitar," katanya.

  Inisiatif Aeon ini selaras dengan usaha Aeon yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia melalui teras Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (Matlamat 12) iaitu memastikan setiap penggunaan dan pengeluaran yang mampan dan juga Kehidupan di Darat (Matlamat 15) untuk memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem di darat.

Sumber : Harian Metro

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram