bkibkk

AirAsia Bakal Perkenal Laluan Terus Kota Kinabalu-Bangkok

Dikemas Kini: 25 Jun 2022
Surga Route

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dijadual memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Bangkok, Thailand pada bulan depan.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh Menterinya Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam pertemuan di Kuala Lumpur.

image 5 3

Beliau turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah di atas kerjasama selama puluhan tahun.

Jafry berkata pihaknya mengalu-alukan usaha AirAsia dalam memperluaskan jaringan domestik mahupun antarabangsa dengan pembukaan laluan penerbangan baharu terus ke negeri itu.

"Saya optimis dengan penambahan laluan baharu itu yang pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah," katanya .

image 5 4

Sehingga kini, penerbangan terus AirAsia dari Kota Kinabalu adalah ke Singapura dan Manila manakala Kota Kinabalu ke Korea Selatan pula menerusi syarikat penerbangan Jin Air.

Malah, kementerian itu menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga bekerjasama dengan AirAsia melalui aplikasi airasia Super App dalam mempromosi destinasi pelancongan menarik di Sabah.

"Pelancong boleh terus menempah pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain sebelum memulakan percutian," katanya.

Jafry juga yakin platform agensi pelancongan dalam talian yang lebih pantas dan kukuh akan membolehkan industri pelancongan negeri berkembang lebih pesat.

Kredit : Bernama

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram