AirAsia Naikkan Caj Perkhidmatan Daftar Masuk Melalui Kaunter Kepada RM 100 Bermula 1 Mac 2022

AirAsia Naikkan Caj Perkhidmatan Daftar Masuk Melalui Kaunter Kepada RM 100 Bermula 1 Mac 2022

Tag:
Dikemas Kini: 23 Februari 2022
Surga Route
AirAsia Naikkan Caj Perkhidmatan Daftar Masuk Melalui Kaunter Kepada RM 100 Bermula 1 Mac 2022

AirAsia telah mengemaskini caj bayaran yang dikenakan bagi penumpang mereka yang mendaftar masuk penerbangan melalui perkhidmatan kaunter.

Caj yang terbaharu adalah RM 100 setiap seorang bagi penerbangan domestik & antarabangsa bermula 1 Mac 2022 ini berbanding RM 20 bagi penerbangan domestik dan RM 30 bagi penerbangan antarabangsa sebelum ini.

Peningkatan ini boleh dikatakan berkali ganda jikalau dibandingkan dengan caj yang dikenakan oleh AirAsia sebelum ini.

Caj ini dikenakan di lapangan terbang di negara negara berikut :

  • Malaysia
  • Vietnam
  • Brunei
  • Laos
  • Taipei
  • Kaohsiung
  • Honolulu, Hawaii 
  • India 

Kemaskini tersebut dapat dilihat di halaman soalan-soalan kebiasaan berkaitan proses daftar masuk di laman sesawang rasmi Air Asia.

Menurut Airasia, penumpang boleh mengelak dari dikenakan caj tersebut dengan melakukan daftar masuk pada web, aplikasi mudah-alih atau kiosk yang disediakan di lapangan terbang. Langkah mengenakan caj di kaunter ini juga dikatakan adalah usaha bagi mengalakkan pengguna menggunakan kaedah digital yang disediakan, sekaligus menjaga jarak dan mengurangkan sentuhan fizikal di era pandemik Covid-19.

AirAsia juga menyenaraikan beberapa kategori penumpang yang tidak akan dikenakan caj ketika melakukan daftar masuk di kaunter iaitu :

  • Penumpang dengan mobiliti terhad
  • Penumpang yang melancong dengan bayi (bawah 24 bulan)
  • Penumapang muda yang bersendirian (12 hingga 16 tahun)
  • Perjalanan kakitangan
  • Penumpang yang terjejas akibat perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
  • Tiada kiosk daftar masuk lapangan terbang tersedia atau semua kiosk daftar masuk tidak boleh digunakan
  • Tetamu yang tidak dapat melengkapkan daftar masuk web, mudah alih atau kiosk kerana ralat sistem
  • Tetamu yang membeli naik taraf tempat duduk atau perkhidmatan berbayar tambahan lain di kaunter daftar masuk
  • Ahli Airasia Platinum dan ahli 'Airasia Black'
  • Penumpang Premium Flex (kecuali untuk AirAsia India) dan penumpang Flatbed
  • Penumpang Corporate Full Flex (GCP) dan penumpang Corporate Lite (GCPL) (kecuali AirAsia India)
  • Penumapng Red Carpet
  • Penumpang Pas Merah (AirAsia India sahaja)
  • Penumpang atas waran perjalanan dan tempahan kerajaan
  • Sky Marshals bertugas
  • Tetamu yang telah mendaftar masuk sendiri, bagaimanapun, perlu mencetak semula pas masuk di kaunter daftar masuk
  • Warga emas berumur 70 tahun ke atas

Anda boleh rujuk laman rasmi AirAsia dalam mengetahui lanjut berkenaan perubahan baru ini.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA : AIRASIA KENAKAN CAJ RM100 BAGI DAFTAR MASUK MELALUI KAUNTER BERMULA 1 MAC INI […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram