AirAsia Kemaskini Semula Caj Perkhidmatan Daftar Masuk di Kaunter
Surga Route
|
25 February 2022
Sebelum ini, kami telah menyiarkan satu artikel mengatakan bahawa bermula 1 Mac 2022, syarikat penerbangan AirAsia akan menaikkan kadar caj bagi perkhidmatan daftar masuk penerbangan melalui kaunter kepada RM100 bagi penerbangan domestik & juga penerbangan antarabangsa.
Beberapa laman web dan media alternatif yang lain juga telah memuatnaik berita yang sama sehingga tular dan menimbulkan keluhan daripada kalangan netizen pelbagai media sosial.
Malah, ada juga syarikat penerbangan lain yang dalam diam-diam, menyindir tindakan yang dilakukan oleh AirAsia itu.
Namun, berdasarkan perkembangan terkini, AirAsia dilihat telah sekali lagi mengemas kini laman sesawang mereka dengan mengembalikan semula caj perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter kepada RM 20 bagi domestik & RM 30 bagi penerbangan antarabangsa berbanding RM 100 bagi kedua-dua jenis peenerbangan yang tular sebelum ini.
Kemaskini tersebut dapat dilihat di halaman soalan-soalan lazim berkaitan daftar masuk penerbangan disini.
Bagi kami baguslah AirAsia kembali mengemaskini caj tersebut setelah pelbagai reaksi pengguna. Kalau ya pun niat kenakan caj untuk mengurangkan sentuhan fizikal, tak perlulah caj harga melangit macam itu ya.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]