changi terminal 4

AirAsia kembali beroperasi di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi mulai 15 September 2022

Dikemas Kini: 4 September 2022
Surga Route

AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi mulai 15 September 2022 sesuai dengan fungsi terminal tersebut sebagai terminal syarikat penerbangan tambang murah.

Semua penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan: FD), AirAsia Indonesia (kod penerbangan: QZ) dan AirAsia Filipina (kod penerbangan: Z2) akan tiba dan berlepas dari Terminal 4 Changi.

Bagaimanapun, jadual penerbangan dan waktu perlepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut.

Penumpang akan dimaklumkan mengenai perubahan ini melalui e-mel dan SMS serta akan menerima maklumat penerbangan baharu melalui e-mel yang berdaftar.

Para penumpang disarankan untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi bagi memastikan mereka menerima sebarang kemas kini terhadap penerbangan mereka. 

Berikut adalah kaunter perkhidmatan AirAsia di Terminal 4:

  • Kiosk daftar masuk, Balai Berlepas, Baris 4
  • Kaunter daftar masuk bagasi secara kendiri, Balai Berlepas, Baris 4
  • Kaunter perkhidmatan, Baris 4
  • Kaunter daftar masuk berkumpulan, Baris 3

AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App sebelum tiba di lapangan terbang dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan mereka. Perkhidmatan daftar masuk dalam talian tersedia dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Para penumpang yang akan melakukan perjalanan ke Singapura perlu mengisi Kad Ketibaan SG (SG Arrival Card) dalam masa tiga hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan melalui pautan berikut: https://eservices.ica.gov.sg/sgarrivalcard.

Manakala, tetamu yang mempunyai penerbangan sambungan di terminal lain dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan masa yang mencukupi untuk ke terminal lain.

Untuk melihat Soalan-soalan Lazim, sila rujuk di sini. Untuk senarai penuh Keperluan Perjalanan ke Singapura, sila rujuk di sini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram