AirAsia Mansuhkan Caj Daftar Masuk Melalui Kaunter

AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Ekoran Harganya Melambung AS$120 setong

Tag:
Dikemas Kini: 5 Mac 2022
Surga Route

AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api bagi pembeli tiket syarikat penerbangan itu bermula 8 Mac 2022 (selasa ini). Caj bahan api itu dikenakan kepada semua penerbangan domestik dan antarabangsanya.

Pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melepasi AS$120 setong.

Bagaimanapun, tiket penerbangan sedia ada, atau tempahan sebelum 8 Mac 2022 tidak akan dikenakan caj tersebut.

Kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10 manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.

Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam; tiga hingga empat jam; dan lebih daripada empat jam masing-masing pada RM35, RM50 dan RM60.

AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Ekoran Harga Melambung AS$120 setong
Sumber : Airasia Newsroom

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas berikutan harga bahan api yang terus meningkat akibat keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

"Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong waktu itu, kami telah mengalami beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini.

"Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lepas untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Malangnya, keadaan semasa, dengan harga bahan api telah melonjak lebih 160 peratus daripada angka pada 2015, telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan,"

Beliau berkata pihaknya berharap langkah ini hanya sementara dan akan terus memantau keadaan semasa, di samping memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram