AirAsia Mohon Maaf

AirAsia Mohon Maaf Isu Penangguhan Penerbangan Sewaktu Raya, Hanya 40 Pesawat Beroperasi

Dikemas Kini: 24 Mei 2022
Surga Route

Syarikat penerbangan tambang murah terulung, AirAsia memohon maaf kepada penumpang yang terkesan akibat insiden penjadualan semula beberapa penerbangan pada musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Menurut Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan merupakan punca berlaku kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

AirAsia Mohon Maaf Isu Penangguhan Penerbangan Sewaktu Raya
Riad Asmat. Gambar Fail

Antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik dengan sangat mendadak seiring dengan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas.

AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik.

AirAsia Mohon Maaf Isu Penangguhan Penerbangan Sewaktu Raya

Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

AirAsia Mohon Maaf Isu Penangguhan Penerbangan Sewaktu Raya

Selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, berlaku insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing serta panahan petir sehingga menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan ini.

AirAsia Mohon Maaf Isu Penangguhan Penerbangan Sewaktu Raya

Keutamaan AirAsia buat masa ini ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi masing-masing dengan selamat. Antara salah satu usaha yang dilakukan adalah menyediakan penerbangan khas buat penumpang yang terkandas.

Setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, penumpang boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram