kaohsiung

AirAsia Sambung Semula Laluan Kuala Lumpur - Kaohsiung

Tag:
Dikemas Kini: 29 Januari 2023
Surga Route

AirAsia meraikan penerbangan sulungnya selepas pandemik ke Kaohshiung dari Kuala Lumpur pada 12 November 2022 lalu selepas dua tahun. Pesawat AK170 berlepas pada jam 5:25 petang waktu tempatan dan tiba pada 9:55 malam waktu tempatan di Kaohsiung dengan muatan yang memberansangkan seramai 114 tetamu.

Sebuah acara pelepasan telah diadakan di klia2 bagi meraikan para tetamu yang menaiki penerbangan tersebut. Mereka juga telah menerima cenderahati AirAsia dan satu kad iPass bernilai NTD50 setiap satu. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kru kabin AirAsia.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “Penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung ini merupakan penerbangan yang ditunggu-tunggu semua. Laluan Kaohshiung dan Taipei adalah antara destinasi paling popular dan sering dikunjungi oleh ramai pelancong sejak kami memulakan operasi di rantau ini pada tahun 2005. Ia adalah satu keputusan yang sukar untuk menghentikan penerbangan ini selama lebih dua tahun akibat pandemik, tetapi kami berbesar hati untuk melihat penerbangan pertama kami kembali bersedia untuk menerokai keajaiban bandar itu.

“Dengan pelonggaran syarat sekatan perjalanan di seluruh dunia, kami berharap untuk menghubungkan lebih ramai pengembara ke Kaohsiung dan Taipei pada bulan Disember 2022. Sempena meraikan kejayaan kami menerbangkan 700 juta tetamu sepanjang 21 tahun beroperasi pada minggu lalu, kami turut akan menawarkan tambang promosi ke dua buah bandar ini. Jadi rebutlah peluang untuk terbang ke destinasi ini!”

AirAsia Sambung Semula Laluan Kuala Lumpur - Kaohsiung

Kaohsiung, terkenal dengan pelabuhan yang indah dan landskap yang luas, merupakan salah satu destinasi AirAsia yang paling popular di rantau Asia Utara. Pengembara ke kedua-dua destinasi ini disajikan dengan pelbagai tarikan pelancongan apabila mereka tiba di sini. Tambahan pula, Kaohsiung dan Taipei sering menjadi pilihan utama bagi pelancong yang mencari pilihan makanan mesra Muslim yang berpatutan. Kedua-dua bandar yang sibuk ini juga menawarkan tarikan pelancong yang unik seperti akses internet percuma di seluruh bandar dengan akses WiFi di pelbagai lokasi.

Untuk meraikan penyambungan semula penerbangan ke Kaohsiung dan Taipei, para pengembara boleh menempah tempat duduk ke destinasi ini daripada RM349 untuk tambang termasuk semua sehala bagi perjalanan antara 1 Januari 2023 dan 30 Mac 2024. Tawaran ini adalah terhad sehingga 20 November 2022.
Mulai 13 Oktober 2022, sekatan perjalanan telah dilonggarkan untuk majoriti pelawat antarabangsa ke Kaohshiung dan Taipei. Rakyat Malaysia (serta warganegara dari negara terpilih) boleh melawat bandar ini tanpa visa, vaksinasi, ujian COVID-19 atau keperluan kuarantin. Baca lebih lanjut mengenai nasihat perjalanan di sini.

Tempoh perjalanan dan tempahan untuk penerbangan ke Taipei dan Kaohsiung:

AirAsia Sambung Semula Laluan Kuala Lumpur - Kaohsiung

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi dengan mengikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo untuk kemas kini terkini.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram