perth melbourne auckland airasia x

AirAsia X Buka Semula Penerbangan ke 3 Destinasi Utama Australia & New Zealand. Tiket Serendah RM499 !

Dikemas Kini: 20 Julai 2022
Surga Route

AirAsia X (AAX), syarikat penerbangan gabungan jarak sederhana hingga jarak jauh di bawah kumpulan AirAsia Aviation Group mengumumkan penerbangan terbaru dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Tulmarine) dan Perth di Australia serta Auckland di New Zealand yang bermula 1 November 2022.

AirAsia Buka Semula Penerbangan ke 3 Destinasi Utama Australia & New Zealand. Tiket Serendah RM499 !

Tiga laluan utama ini merupakan penambahan kepada laluan yang telah diumumkan sebelum ini, menjadikan secara keseluruhan Air Asia X akan beroperasi ke 13 laluan tahun ini, termasuk Sydney, New Delhi, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka dan Honolulu serta London, Dubai dan Istanbul.

AAX akan memulakan semula perkhidmatannya ke Melbourne (Tullamarine), Perth dan Auckland (melalui Sydney) dengan tiga penerbangan mingguan mulai November dan secara beransur-ansur akan meningkatkan kekerapan kepada penerbangan harian menjelang suku pertama 2023 untuk memenuhi permintaan.

AirAsia Buka Semula Penerbangan ke 3 Destinasi Utama Australia & New Zealand. Tiket Serendah RM499 !

Tambang Serendah RM499

Tiket dari Kuala Lumpur ke ketiga-tiga destinasi baharu kini tersedia untuk tempahan di Apl Super airasia dan laman web daripada RM499 ke Perth, RM699 ke Melbourne dan RM1,999 ke Auckland sehala di kelas ekonomi. Kalau nak lebih selesa, boleh ambil Katil Flat Premium (Premium Flat Bed) pada kadar harga RM1,999 ke Perth, RM2,999 ke Melbourne dan RM5,999 ke Auckland sehala.

AirAsia Buka Semula Penerbangan ke 3 Destinasi Utama Australia & New Zealand. Tiket Serendah RM499 !
AirAsia Buka Semula Penerbangan ke 3 Destinasi Utama Australia & New Zealand. Tiket Serendah RM499 !

Jika anda membeli tiket sehala untuk ke Kuala Lumpur, tiket masing-masing berharga bermula pada AUD209 dari Perth, AUD359 dari Melbourne dan NZD499 dari Auckland di kelas ekonomi, dan daripada AUD1,099 dari Perth, AUD1,999 dari Melbourne dan NZD1,999 dari Auckland bagi Katil Rata Premium.

Jualan Tiket ke Sydney

Bermula November 2022, tiket jualan bagi penerbangan ke Sydney pula akan mula dibuka. Tiket akan dijual pada kadar harga RM899 untuk Ekonomi dan RM2,799 untuk Premium Flatbed sehala dan penerbangan pulang dari AUD309 pada kelas Ekonomi dan AUD899 pada Premium Flatbed.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram