airasia x tokyo haneda

AirAsia X mula penerbangan ke Tokyo-Haneda

Dikemas Kini: 29 Januari 2023
Surga Route

Jepun adalah antara destinasi utama dunia dan penerbangan Kuala-Lumpur-Tokyo merupakan salah satu laluan yang paling popular bagi syariakt penerbangan Air Asia X.

Pada tahun 2019, Air Asia X menerbangkan kira-kira 275,210 tetamu ke/dari Tokyo bagaimanapun ia dihentikan pada 2020 disebabkan wabak pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan.

Kini, AirAsia X (AAX) menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara Jepun untuk pelancong antarabangsa.

Dengan penyambungan semula perkhidmatan ini, Air Asia X berharap untuk membawa 230,000 pengunjung tambahan berdasarkan tempat duduk yang tersedia antara Malaysia dan Jepun. Ini bukan sahaja akan meningkatkan pelancongan dan ekonomi antara kedua-dua negara tetapi juga memberikan lebih nilai kepada semua tetamu di rantau ini yang ingin melancong ke Tokyo. 

Penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember.

Sempena penyambungan semula perkhidmatannya, AAX meraikan penerbangan tersebut dengan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk para tetamu.

Airasia X bercadang untuk menambah lebih banyak penerbangan ke Jepun, termasuk ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember dan Osaka pada tahun depan. Airasia X juga mempunyai penerbangan sambungan melalui Kuala Lumpur ke Jepun termasuk dari Australia dan banyak lagi.

AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed. Tambang tersedia untuk tempahan sekarang bagi tempoh perjalanan antara sekarang hingga 30 Mac 2024.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda)

*Tambang adalah termasuk semua cukai dan caj berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram