Alibaba Ekspres : Tawar Perjalanan Mewah Pada Harga Mampu Milik Bakal Beroperasi 4 Mac 2022

Alibaba Ekspres : Tawar Perjalanan Mewah Pada Harga Mampu Milik. Bakal Beroperasi 4 Mac 2022

Dikemas Kini: 3 Mac 2022
Surga Route

Alibaba Ekspres bakal menyediakan perkhidmatan bas ekspres yang paling best untuk perjalanan ke Pantai Timur & Utara bermula 4 Mac 2022.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Henry Sum Agong merasmikan bas mewah mampu milik kerjasama Alibaba Ekspres dan Scania.

Alibaba dan Scania telah menandatangi Memorandum Persefahaman untuk memperkenal perkhidmatan perjalanan dalam koc mewah mampu milik ke Pantai Timur Malaysia.

14 koc mewah akan mula beroperasi di Pantai Timur dan Lembah Klang. Jom kita nikmati kemewahan penerbangan dalam bas mereka !

Antara kelebihan bas ini adalah :

  • Sanitasi dengan kerap
  • Wi-Fi disedia
  • Tandas disediakan
  • Kemudahan hiburan disediakan
  • Persekitaran bersih dan selesa

Buat masa sekarang, syarikat ini hanya memfokuskan Lembah Klang ke laluan pantai timur dan 1 destinasi di utara. Destinasi perjalanan mereka adalah Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan), Putrajaya, Pulau Pinang, Kuantan dan juga Kuala Terengganu.

4.3 7 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram