ambang merdeka floria putrajaya

Ambang Merdeka 2022 Diadakan di Anjung Floria, Turut Dihadiri Perdana Menteri

Dikemas Kini: 28 Ogos 2022
Surga Route

Acara ambang kemerdekaan dilakukan pada malam, sehari sebelum tarikh sambutan hari kebangsaan bagi melakukan kira detik (countdown) pukul 12 malam, yang menandakan telah masuk ke tarikh baharu (31 Ogos).

Acara ini diadakan di beberapa tempat tetapi acara paling utama pada malam tersebut adalah acara Sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan pihak Perbadanan Putrajaya dan bakal berlangsung di Anjung Floria nanti.

Acara ini diadakan di tapak Anjung Floria, bersempena dengan Festival Royal Floria Putrajaya 2022 yang berlangsung dari 29 Ogos - 4 September.

Acara Istimewa

Acara di Putrajaya mungkin adalah acara yang berskala paling besar disebabkan acara ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sendiri, iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara aktiviti adalah konsert artis terkenal (Ameng, Amir Masdi Haqiem Rusli, Afiq, Nash, Manbai, Ayu Damit) , persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.

image 25 158

Jadi, kepada anda yang nak merasai sendiri pengalaman di malam ambang merdeka atau mahu melihat Perdana Menteri dan artis kesayangan secara langsung dan dengan lebih dekat, anda boleh ke sambutan ambang merdeka di Anjung Floria ini. Acara akan bermula pada jam 9 malam.

Walaupun untuk melihat pameran Floria dikenakan bayaran, namun tiada bayaran dikenakan untuk ke acara sambutan ambang merdeka ini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram