Sebaliknya, pelancong daripada 23 negara boleh terus mendapatkan visa-on-arrival (VOA) dengan syarat telah mendapat vaksin lengkap dan juga mendapat keputusan negatif dalam ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas.
Pelancong yang tiba juga tetap perlu diuji sekali lagi saat tiba di Bali. Mereka yang positif akan diasingkan di hotel atau hospital sehingga ujian lanjut dilakukan pada hari ketiga.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, yang menyelia dasar sekatan Covid-19 di Indonesia, berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi pandu uji sebelum penghapusan kuarantin boleh dilakukan pada skala nasional.
Pelan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada sejauh mana Bali mengendalikan kes Covid-19 pada minggu hadapan.
Projek ini yang akan bermula 7 Mac adalah seminggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pada awal perancangan iaitu 14 Mac.
Bagaimanapun, Luhut menambah bahawa pulau itu telah menunjukkan kemajuan dari segi meratakan keluk kes COVID-19 serta menunjukkan kadar vaksinasi penuh terbaik berbanding bahagian lain di Indonesia.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]