Atas Villa di Melaka Ini Boleh Memuatkan Lebih 15 Tetamu

Atas Villa di Melaka Ini Boleh Memuatkan Lebih 15 Tetamu

Dikemas Kini: 3 Mac 2022
Surga Route

Mungkin ada di antara kita sudah lama tidak ada apa-apa majlis bersama keluarga besar sejak pandemik COVID-19 melanda.

Sekarang, keadaan sudah beransur pulih dan kita pula sudah diajar untuk tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Bolah la buat balik aktiviti bersama keluarga besar seperti hari keluarga.

Antara tempat yang sesuai adalah sebuah villa Cantik di Melaka ini yang boleh memuatkan lebih 15 orang tetamu ! ?Boleh dah ni buat family day atau apa-apa gathering dekat Melaka.

atas villa

Ini adalah ATAS VILLA yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Villa ini mempunyai 6 bilik tidur dengan 19 katil, dan 7 bilik air. Baru sangat dibuka tahun 2022 ni. Jadi, semua kelengkapan masih baru lagi !

Semakan kami di laman AirBnB mereka mengatakan bahawa kapasiti untuk villa ini adalah 15 orang. Tetapi, disebabkan terdapat 19 katil disediakan, mungkin villa ini boleh memuatkan lebih dari 15 tetamu.

Untuk aktiviti santai bersama, disini siap ada bilik permainan video, ruang makan besar dan juga meja snuker.

Paling penting bila tempah rumah percutian ni bukannya ruang dalam sahaja. Ruang luar pun penting juga untuk buat macam-macma aktiviti, bermain atau sukaneka.

Dekat Atas Villa ni, kawasan luar memang luas beserta rumput karpet. Mudah untuk buat pelbagai aktiviti. Anak-anak nak berlari, jatuh terguling pun memang tak ada masalah.

Family day memang wajib buat aktiviti BBQ bila malam menjelma. Disini, peralatan BBQ pun disediakan.

Atas Villa di Melaka Ini Boleh Memuatkan Lebih 15 Tetamu

Tarikan utama ATAS Villa ini pula sudah tentu adalah kolam renangnya yang boleh memuatkan ramai orang pada satu-satu masa.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram