Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Dikemas Kini: 17 Mac 2022
Surga Route

Hanya 1 jam dari Kuala Lumpur, apa salahnya untuk travel dengan jarak ini untuk merasakan lauk-pauk Melayu yang sedap, ditambah pula dengan suasana restoran yang dikelilingi kehijauan.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Pemilik kepada restoran ini iaitu Aunty Aini adalah merupakan ibu kepada selebriti Zarina Anjoulie (Anju) dan siap pernah mengajar Gordon Ramsay dan juga Anthony Bourdain !

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Mesti bukan calang-calang kan kalau dua chef selebtriti terkenal dunia tu pun kena 'tapau'. Jadi boleh la anda mencuba sendiri air tangan Aunty Aini.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Restoran Aunty Aini's Garden Cafe ini terletak di kawasan perkampungan di Nilai, Negeri Sembilan. Jadi, anda memang boleh expect suasana desa dan dihiasi pelbagai kehijauan.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Sebaik sahaja masuk ke pintu utama, pastinya mata anda tidak akan terlepas daripada menikmati pokok menghijau dan suasana segar. Di bahagian dalam pula, memang banyak tempat makan disediakan, sesuai untuk menampung pengunjung yang ramai.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Aunty Aini's Garden Cafe ni konsepnya makanan Melayu dan Barat. Pilihan makanan adalah sangat bagus kerana banyak dan pelbagai. Masakan Melayunya pula kebanyakkannya adalah masakan authentic Negeri Sembilan seperti daging salai dan udang galah masak lemak cili api. Ada juga gulai lemak tempoyak, asam pedas, sambal tumis petai dengan udang/ sotong, sayur dan lain-lain.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman


Selain itu ada pelbagai mee berkuah, laksa Penang, laksa Johor , nasi ayam dan pelbagai lagi.

Aunty Aini's Garden Cafe Menghidangkan Sajian Melayu di Dalam Taman

Makanan barat pula ada lamb chop, chicken chop dan ada juga pelbagai pasta. Desserts pula adalah tapai ice cream dan buah-buahan. Pilihan minuman pula sangat banyak, dari yang sejuk, air buah-buahan, ice blended dan lain-lain.

Lokasi

?Aunty Aini's Garden Cafe, Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram