Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain.

Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
No photo description available.

Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang selalunya memang tidak mesra kanak-kanak seperti resort di tempat pelancongan. Kalau di tempat pelancongan itu, memang macam-macam kemudahan ada kerana resort tersebut berorientasikan keluarga.

Tetapi, di Avanté Hotel Bandar Utama ini, antara hotel terbaik untuk penginapan keluarga di Lembah Klang. Sebab disini ada kids club yang luas sangat tau !

Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Boleh la bawak anak-anak bermain. Tak jadilah mereka kebosanan di dalam bilik. Kan ? Ini tidak, ibu ayah jer seronok staycation tapi anak-anak kebosanan. 😅

.Jika anda nak berjalan-jalan, jangan risau sebab pihak hotel Avante menyediakan perkhidmatan 'shuttle' percuma ke pusat membeli-belah utama di sekitar Mutiara Damansara dan Bandar Utama seperti pusat beli-belah terbesar di Malaysia iaitu 1 Utama, The Curve, IKEA Damansara & CurveNX (Lokasi Kidzania).

Kalau nak pergi sendiri pun boleh sebab lokasi hotel ini sangat strategik di Bandar Utama. Sebut sahaja lokasi mana di Lembah Klang yang anda mahu pergi, semuanya dekat sahaja dari sini.

Kalau pengangkutan awam pula, anda boleh sahaja ke MRT Bandar Utama dengan berjalan kaki melalui jejantas yang disediakan. Di bahagian bawah hotel pula ada hub bas. Tak lama lagi, ada stesen LRT 3 pula berdekatan sini.

Bagi kami, salah satu lagi tarikan utama Hotel Avante ini adalah kolam mandi infiniti yang menawarkan pemandangan sungguh indah. Siap boleh nampak bangunan PNB Merdeka 118 dari kejauhan !

Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Bab dekorasi pula, daripada luar, lobi sampai ke bilik semuanya cantik. Maklumlah, hotel ini baru dibuka secara rasmi pada November 2021. Semuanya memang nice !

Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
Lobi Pun Cantik

Punyalah pelbagai kelebihan yang ada di hotel ini, kami ingatkan harga untuk menginap mahal. Tapi, bila kami semak sendiri seperti tak percaya, boleh dapat harga serendah RM150 untuk satu malam. Fuh, memang lengkap pakej hotel ini menarik + murah ! Memang berbaloi untuk semua fasiliti dan servis yang diterima.

Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam
Admin semak sendiri harga ini di Agoda

Lokasi

📍Avante Hotel Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

0 0 votes
Article Rating
Categories: ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram