ioi city farm ioi city mall putrajaya

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm

Dikemas Kini: 24 Ogos 2022
Surga Route

Mesti ramai ibu bapa nak bawa anak-anak melawat sambil belajar berkenaan flora & fauna. Tetapi, selalunya tempat-tempat macam ini memang 'outdoor' lah kan. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Cuaca tak menentu membuatkan kita sukar buat perancangan.

Tambahan lagi, bila berjalan di luar, anak-anak cepat berpeluh, penat, lapar dan akhirnya mereka tertidur. Terpaksa mak ayah pulak yang tengok haiwan. ?

Nasib baik ada tarikan terbaru ni haa di Putrajaya ! Memang sesuai sangat untuk ibu bapa yang mencari tempat bawa anak bersiar-siar di hujung minggu.

IOI City Farm

Ini adalah IOI City Farm, tarikan mesra keluarga yang serba baharu di Lembah Klang. Ia dibuka kepada pengunjung bermula 25 Ogos 2022.

Ia terletak di tingkat dua IOI City Mall di Putrajaya. Jika anda musykil kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia adalah kerana IOI City Farm terletak di bahagian penambahan atau Fasa 2 IOI City Mall. Haaa baru saja ada.

IOI City Farm direka bentuk dengan konsep "indoor living planet", atau planet kehidupan dalam ruangan tertutup. 'Ladang' yang berada dalam bangunan ini terdiri daripada 2 aras dan 3 zon yang merentasi ruang seluas 18,000 kaki persegi.

Apa Yang Anda Akan Temui

Secara asasnya, anda akan temui pelbagai spesies haiwan comel, hidupan marin & tumbuhan - semuanya di bawah satu bumbung. ✨ Terdapat kira-kira 70 spesies flora & fauna dipamerkan disini.

Walaupun ia bukan ruang yang besar, IOI City Farm penuh dengan pameran interaktif yang boleh membuatkan orang dewasa dan kanak-kanak berseronok sambil belajar selama berjam-jam.

Ladang ini direka bentuk dengan penglibatan dan bantuan ahli zoologi, aquarist dan ahli botani yang berkelayakan, dalam usaha menjadikan tempat ini sebagai destinasi untuk mempelajari tentang dunia semula jadi dalam persekitaran yang menyeronokkan dan menarik untuk semua pelawat, terutamanya kanak-kanak.

3 Zon Utama

Berikut ialah 3 zon utama di IOI City Farm dan perkara yang boleh dilihat pada setiap zon :

1. Greenland

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : Klook

Ini adalah bahagian pertama yang anda akan temukan sebaik sahaja anda melepasi pintu masuk ke IOI City Farm.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : Klook

Greenland, dengan suasana kehijauan, ia dipenuhi dengan gabungan tumbuhan biasa dan eksotik. Antara yang anda boleh lihat ialah taman herba menegak (vertical garden), pameran terarium dan ladang bandar (urban farm) dengan akuaponik.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : Klook

kami mengesyorkan agar anda meluangkan sedikit masa untuk melihat banyak tumbahan & sayur-sayuran yang menyegarkan di sini.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

Terdapat juga bahagian pameran serangga (dipamerkan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia), Glocave yang menampilkan seni dinding bercahaya-dalam-gelap, serta beberapa ruang tempat duduk di sini jika anda perlu merehatkan kaki anda sebelum meneruskan perjalanan ke zon seterusnya. ?

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : IOI City Mall

2. Little Rimba

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

Little Rimba ialah zon kedua IOI City Farm, dan pastinya kegemaran ramai ! ? Zon dengan suhu terkawal ini adalah lokasi pameran pelbagai spesies haiwan dari seluruh dunia.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

Anda akan dapat berinteraksi, memegang, dan juga memberi makan kepada beberapa haiwan jinak dan comel seperti arnab gebu, tikus belanda, serta anak ayam dan anak itik.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : IOI City Mall

Selain itu anda boleh temui pelbagai haiwan eksotik dan juga tidak tinggal di Malaysia seperti meerkat,rakun, burung merak, anjing padang rumput, dan kucing Bengal.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

3. Freshwater World

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

Dah habis melihat flora & fauna di darat ? Turuni tangga ke tingkat bawah dan anda akan memasuki zon seterusnya iaitu Freshwater World iaitu zon akuarium dengan lebih 50 spesies akuatik air tawar daripada gergasi sungai seperti arapaima Amazon hingga krustasea kecil.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit Gambar : IOI City Mall

Zon ini juga menempatkan bahagian interaktif seperti kolam boleh sentuh di mana pelawat boleh memberi makan ikan koi, ikan pari dan menangkap ikan gupi (perlu dilepaskan kembali).

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
Kredit : IOI City Farm

Terdapat krew ditempatkan di seluruh kawasan ini, dan mereka akan memberi tahu pengunjung tentang cara mengendalikan kehidupan di sini dengan berhati-hati. ✨

Harga Tiket Masuk ke IOI City Farm

IOI City Farm dibuka kepada lawatan awam bermula 25 Ogos 2022 dengan kadar harga tiket seperti berikut :

JenisHari MingguHujung Minggu
DewasaRM37.00RM48.00
Kanak-KanakRM48.00RM58.00

Manakala untuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU), harga tiket ditetapkan pada kadar harga RM32 setiap hari.

Bakal Dibuka 25 Ogos Ini ! Jom Intai Apa Yang Menarik di IOI City Farm
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram