Krung Thep Maha Nakhon

Nama Bangkok Secara Rasmi Ditukar Kepada 'Krung Thep Maha Nakhon'

Tag:
Dikemas Kini: 16 Februari 2022
Surga Route

Pejabat Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu negaranya, dari Bangkok menjadi Krung Thep Maha Nakhon selepas draf pengumuman Perdana Menteri berkenaan kemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara, seperti yang disyorkan ORST diluluskan oleh kabinet pada selasa, 15 Februari 2022. Bagaimanapun, nama Bangkok masih diiktiraf dan boleh digunakan.

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit
Pemandangan Bandaraya Bangkok. Sumber : Pixabay

Draf pengumuman ORST itu menyatakan Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negara Kerajaan Thailand. Bagaimanapun, nama Bangkok masih kekal sebagai sandaran rujukan.Dalam pengumuman yang sama, ORST turut mengemas kini ejaan untuk merujuk kepada ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar dari Yangon ke Nay Pyi Taw; dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek memberitahu, tidak banyak yang berubah apabila nama baharu itu diperkenalkan. Nama Thai, Krung Thep Maha Nakhon, hanya akan digunakan sebagai nama dan urusan rasmi bandar raya itu, sementara nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit
Icon Siam. Sebuah Kompleks Membeli-Belah Moden Yang Menjadi Ikon Bangkok

Di laman Facebook ORST, juga dinyatakan bahawa kedua-dua nama itu - Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Penjelasan itu dibuat selepas pengumuman perubahan itu mengundang kritikan awam.

Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001 di bawah pengumuman ORST. Ia berasal dari kawasan lama Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah metropolitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai. Berdasarkan sejarah, nama itu sudah diguna pakai sejak lama.

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit
Sumber : National Geographic

Tetapi sebenarnya, agak ramai juga warga Thailand yang sememangnya telah menggunakan nama 'Krung Thep Maha Nakhon' apabila merujuk kepada Bangkok, sejak dahulu lagi . Nama tersebut digunakan di plat kenderaan dan sebagainya.

Nama tersebut sebenarnya adalah singkatan daripada nama penuh Bandaraya itu, yang merupakan nama tempat terpanjang di dunia iaitu Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit

Maksud : Kota malaikat, kota besar, kediaman Buddha Zamrud, kota yang tidak dapat ditembusi (Ayutthaya) Dewa Indra, ibu kota besar dunia yang dikurniakan sembilan permata berharga, kota bahagia, berlimpah di Istana Diraja yang sangat besar yang menyerupai kediaman syurga di mana tuhan yang dijelmakan semula, sebuah kota yang diberikan oleh Indra dan dibina oleh Vishnukarn.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram